salam wbt.
bismillahirrahmanirahim~
alhamdulilah, masih lagi dikurniakan nikmat terbesar sekali iaitu nikmat iman dan islam itu sendiri.
dan juga nikmat kedua terbesar, nikmat sihat dan masa lapang.
alhmadulillah tsumma alhamdulilah.
Moscow sekarang tengah musim luruh.daun-daun dah menguning dan dah mula gugur pun.
tak lama lagi insya Allah musim sejuk pula bakal menjelma.
bumi Siberia ini, musim sejuknya hampir 5 bulan!
lama kan?
=)
hmmm...
kadang-kadang rasa susah untuk mengimani bahawa setiap perkara yang terjadi itu ada hikmahnya.
rasa susah untuk menerima bahawa Allah ada perancangan yang lebih baik daripada perancangan kita sendiri.
rasa macam nak mintak sangat kat Allah supaya tolonglah nampakkan hikmah kenapa semua ini terjadi.
lagi-lagi bila kita sendiri merasakan bahawa perancangan kita cukup perfect, dan demi Allah.. (mungkin?)
lagi susah untuk tidak berfikir bahawa "kenapa Allah tidak mudahkan sahaja?"
lepas itu, kita mula menyalahkan semua perkara, semua pihak, hingga sampai tahap menyalahkan Allah (naudzubillah)
=(
walaupun sememangnya dah banyak kali tadabbur ayat 2:216, sampai berbuih-buih mulut,sampai dah rasa biasa sangat dengan ayat itu, sampai dah 'immune',
*tepuk kepala*
tapi still....
untuk mengimani dan meyakini bahawa sememangya Allah tahu apa yang terbaik itu amat susah.
sememangnya apa yang kita rasa baik, itu tidak semestinya baik untuk kita.
lagi-lagi bila kena dekat diri sendiri.
shame on you Munirah. =(
mungkin kurangnya pergantungan kepada Allah, menyebabkan kita susah untuk menerima percaturan Allah.
*muhasabah*
percayalah Allah tidak pernah mengecewakan hamba-hambanya.
percayalah Allah mendengar rintihan dan doa hamba-hambanya
percayalah Allah sememangnya mempunyai perancangan yang terbaik untuk hamba-hambanya.
teruskan bersangka baik kepada Allah,
teruskan berdoa dan meminta kepada Allah
teruskan meyakini bahawa Allah mendengar rintihan hamba-hambanya
teruskan meyakini bahawa setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya,
mungkin hikmahnya kita tidak nampak sekarang, mungkin 2 atau 3 tahun, atau mungkin 10 tahun lagi, siapa tahu?
*senyum*
but, hey!
I learned a lot throughout all this thing.
alhamdulilah,,
tidak menyesal walau sedikit pun atas segala yang terjadi.
oh, hati teruslah tabah dan redha!
kerana apa yang kau impikan adalah syurga!
ayuh, terus melaju insya Allah~
=)
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah
sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)
|
"Learn to let it go. Learn to trust in Allah. If it yours, then, it will come back."
till next time,
semoga Allah redha.


