salam
bismillahhirahmanirrahim~
alhamdulilah,,bersyukur masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini
masih lagi sihat tubuh badan,,
alhamdulilah ya Allah,
alhamdulilah
tiada siapa tahu apa yang akan terjadi pada esok hari,
bahkan Allah sendiri berfirman,jangan lah engkau mengatakan engkau akan
melakukan sesuatu perkara
melainkan dengan mengucapkan Insya Allah,
(semoga Allah mengizinkan)
bererti urusan esok hari sepenuhnya di tangan Allah yang Esa,
sekalipun kita telah merancang kelas di pagi hari,
lunch,dan shopping di tengah hari sehingga malamnya,
mungkin ianya tidak berjalan seperti yang kita rancang
tapi hanya Allah sebaik-baik perancang
^_^
tiada siapa sangka bahawa ada di antara kami yang tidak berjaya menamatkan pengajian
sehingga tahun 6 kerana masalah kesihatan yang tidak dijangka,
meskipun itu janji kami hari-hari,
Allah sebaik-baik perancang
tiada siapa sangka ada di antara kami yang diuji Allah dengan ujian Maha Hebat
sehingga tidak memungkinkan beliau untuk terus kembali
berjuang bersama-sama kami di bumi Soviet ini..
Allah sebaik-baik perancang
tiada siapa sangka bahawa di usia kandungan beliau 7 bulan,
Allah tarik kesempatan untuk menjadi seorang ibu,
Allah sebaik-baik perancang
tiada siapa sangka bahawa dalam tempoh masa hampir tiga tahun
saya di bumi Siberia ini,
saya diuji dengan pemergian arwah pakteh saya dan juga nenda tercinta
siapa sangka,
Allah sebaik-baik perancang
Hanya Allah yang tahu perasaan beliau,
apabila sedang berbincang di dalam kelas,
tetiba mendapat khabaran berita,ayahnya kritikal di ICU,
tiada siapa sangka,
salah satu perkara yang paling cuba saya elakkan ketika berada di luar negara
ini adalah menerima berita-berita atau khabaran-khabaran buruk,
sangat-sangat cuba untuk mengelak,
tapi,Allah sebaik-baik perancang
pernah terbaca satu artikel,
kita jangan pernah punya perasaan "memiliki"
jangan pernah berasakan bahawa orang-orang di sekeliling kita semua
adalah kepunyaan kita,
mereka semua adalah kepunyaan Allah,
wajib untuk kita menerima bahawa satu hari nanti pasti akan tiba di mana
kita semua mesti merelakan pemergian mereka,
walaupun ianya sebesar Lautan Pasifik,
mahupun seberat Gunung Everest,
harus merelakan..
saya sendiri masih cuba mendidik diri,
masih cuba menasihati dan menyiapkan diri,
bukan berharap supaya ianya terjadi lebih cepat,
cuma,bukankah seorang muslim itu harus menyediakan payung sebelum hujan?..=)
sekadar perkongsian saya,
jangan merancang tanpa mengimani bahawa Allah adalah
sebaik-baik perancang
apabila kita telah merancang,maka berdoa dan bertawakkallah
kepada Allah supaya segalanya berjalan
seperti yang dirancang,
jika ada tidak berlaku seperti dirancang,
iAllah itu adalah sebaik-baik perancangan Allah
percaya Allah
itu yang utama
insya Allah~
mari mendidik hati
yakin dengan ketentuan dan kehendak Allah
till next tyme,
may Allah bless u~
^_^