BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 19, 2011

#ranDom#

salam~
bismillahirrahmanirrahim~

alhamdulilah~
masih lagi bernafas di bumi Moscow 
yang sejuk-tapi-xde salji ini,

rasa lama sangat2 dah tidak menulis
bukan dah tidak berminat,
minat tidak pernah pudar,
cuma kekangan masa,
betol2 menghalang diri dari meng-update
idea selalu jek datang mencurah-curah,
tapi setakat draft dalam kepala otak
hehehe

sampai ada seorang sahabat tegor,

"Mun,ko lama giler kan xupdate blog?,last aku tengok bulan 10"

"A,ah..hehehe,aku ingat xde orang nak kesah,hhehehe"


lepas tue,hari ini,tengok balik semua entry,
baca balik semua entry2 lama,
sumpah rasa rindu sangat2 nak menulis,
nak menulis macam dulu,
segala apa yang terlintas,terfikir,semua terus dicurahkan
rasa bahagia~

tapi sekarang,
nak menulis,
tapi idea tersekat,
banyak sangat idea nak keluar dari kepala otak,
sampai semua tersekat
hahaha~
*mepek*

sekarang tengah adapt dengan study,
stress sebenarnya,sampai semingu demam..=(
nak catch-up dengan semua benda,
lagi2 akhir bulan 12 semua nak zachut (baca:kredit) dah..

ditambah pulak dengan diri sendiri yang tidak berapa nak betol,
segala semua nak pending,itu xlepas,ini xlepas,

rasa sedih pulak biler ketinggalan jauh,sedangkan orang laen dah nak dekat dengan
garisan penamat,
bukan xpernah berusaha untuk berlari,
banyak kali,tapi selalu akan tersekat,lalu menambah jarak dengan orang di hadapan,
terus merasakan diri ini xlayak pun berada bersama-sama orang lain di garisan penamat
=(

sedang berusaha menenangkan diri sendiri,
berfikir dalam-dalam..
mungkin boleh bangkit perlahan-lahan,
berlari-lari anak mengejar mereka juga tidak salah kan..=)
mungkin tidak akan bersama-sama mereka di garisan penamat,
at least,sampai ke garisan penamat,
itu yang penting~

positive Munirah,sila positif

mungkin perlukan pengorbanan yang sangat besar dari anda,
seperti kurangkan tidur dan perkara2 lagho?
=)

bak kata Abah,
"Ilmu itu cahaya,dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap"

astaghfirullah~
teruskan berusaha!

Allah sentiasa bersama anda~

^_^

till next tyme,
may Allah bless~

^_^



p/s:lama sangat xupdate n xbukak blog,segala komen kt chatbox
tue betol2 ke,copy n paste jek?
hahahah~
*no offense!*

Friday, October 14, 2011

::oTak Beku?:.

salam~
bismillahhirahmanirahhim~

lama tidak mencoret kat sini
bukan tiada apa yang mahu dicoretkan,
banyak,banyak sangat
tapi masa sangat2 membatasi
terbiar jek blog nie,
kesian rasa

well,3rd year is not easy
*sigh*

sangat tak
lagi-lagi bila anda menjadi kura-kura di dalam kelas
*bak kata Nabila
bila semua orang laju macam Ferrari dan anda macam kura-kura
habis minyak
itu sangat tensen
itu sangat sedih jugak

dan,
bila ada dua colloq (baca:test),
dan kedua-dua nya sangat susah
*xtahu kalo orang laen rasa itu sangat senang*
sangat men"depress" kan diri ini

oowwhh..=.=
pharmaco ngan pathophys
sobs2

rasa macam nk terguling,nak susun jadual,
apa kena baca dulu,
apa kena baca kemudian
sume nak kena baca
bila baca yang ini,
teringat yang itu xbaca lagi

boleh x bagi alasan
otak beku sebab sejuk sekarang nie
*logik x?

I need some space
I need some air
waaaa~

tidak sama sekali terniat untuk merungut,
menyesali nasib diri
cuma kadang-kadang bebanan perasaan perlu diluahkan
sedikit sebanyak ada kelegaan

mungkin bangun pada pagi esok,
dengan semangat dan azam baru
menghadapi hari-hari yang mendatang

semoga diberi kekuatan 
semoga segala usaha diberkati
insya Allah~

till next tyme,
may Allah bless


*jika anda fikir saya meleleh-leleh air mata masa
tulis entry ini,sebab tensen teramat..
anda salah ok!
sila abaikan~hahhaa

^^

Sunday, September 18, 2011

:.3 rd YeaR 2011/2012:.

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah
sudah hampir 2 minggu di bumi Rusia ini
cuaca sejuk betul..even baru autumn..
brr..brr,,brr..
menggigil~
hehehe

sudah masuk tahun baru
semakin mencabar nampaknya
biasalah,
3rd year
tahun last untuk teori
sumbat lah semua untuk belajar terus

here are my subjects:

Pharmacology
Microbiology
Pathology Anatomy
Pathology Physiology
General Surgery
Internal Disease
Extreme and Military Medicine
Informatics

huh,banyak kan?
dah la semua memang berat..=.=
tahun lepas 2 jek subjek berat
Physio and Biochem jek
ok
jangan merungut

sebab miss lebih kurang seminggu kelas ari tue
(nak raya kat Malaysia punya pasal)
so,rasa macam nak tersungkur nak catch-up balik semua
lecturer pulak cakap
"owh,u'all miss the first class,so,u'all should read it by yourself"
=.=

sabar2,
minggu ini jek,ada dua colloq (baca:test)
Pharmaco and Microbe
hmm..dah boleh agak da ke'busy'an yang akan melanda
hari-hari kelas habis lambat
hari Sabtu pun ade kelas,dari pukul 9 pagi,sampai
5 petang pulak tue..
huaaa~
sedeyh tak?
sedeyh2~

tapi,
suka dengan lecturer Internal Disease
Dr.Rameev
beliau kacak dan baik
selalu share pengalaman
*tapi dah kawen*
=.=

tapi aku selalu buat perkara memalukan
macam kat kelas hari tue
kami semua tengah discuss pasal
history taking,
macam mana nak interview patient sume

tetiba,Dr tue tanya aku,

"ok,how we should ask our patient about their social life
especially about their sexual activity?"

"errr,,how did you do it?"

damn!
apa aku pikir?!

the whole class burst into laughter

aku tengah berkira-kira
kot2 terjun tingkap hospital ini mati ke tak..
=.=

malu giler aku!

boleh pulak Dr.Rameev sengih and cakap

"maybe you should change your question a little bit"

huaaaa..
malu2,asiyh,xboleh la lecturer tetiba pandang and terus tanya
otak aku freeze,xbole berpikir
ok 
malu
malu
malu

biarkan
abaikan jek,
mintak-mintak dia xingat apa aku cakap~
ahhahaha~

merepek minggu pertama kelas
biasa la~
=)

hope everything turns out well
insya Allah~

semoga saya juga semakin rajin

till next tyme,
may Allah bless all of you


Friday, September 16, 2011

~SeLamat Hari Raya 2011~

salam
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah~

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011
MAAF ZAHIR BATIN

kepada semua yang singgah,terjumpa,terbaca blog post saya ini
semoga anda semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah~

alhamdulilah
tahun ini berpeluang beraya kat kampung tercinta!
seronok

even ada orang kata,bila lagi nak merasa beraya di perantauan kan?
tahun lepas da rasa cukuplah
hari raya,siap ada kelas..=.=

paling suka raya kat kampung sebab nanti
boleh kumpul ramai-ramai
masak ramai-ramai
seronok~
dapat duit raya banyak
bahagia~

even kampung saya kat ulu,
tiada internet connection,tapi saya bangga mengaku
itu kampung saya
ada banyak kenangan
kat rumah usang tue
=)

ahli jawatankuasa untuk lemang!

memastikan lemang dalam keadaan excellent!

beratur untuk duit raya!^^

bermaaf-maafan di pagi raya~

kami semua di pagi raya,(tapi ini cuma separuh!)

my beloved family!suka sgt gmba nie~
*ini juga desktop background saya*

abaikan saya yg paling pendek..=.=

gentlemen family kami~=)

hot girls~

umi n abah~

^_^

alhamdulilah
bersyukur atas kesempatan yang diberikan oleh Allah
berharap suatu hari nanti,kalau saya kahwin,
saya nak family suami saya pun ramai,
nanti time raya meriah!
seronok=)

till next tyme~
may Allah bless~



Friday, August 26, 2011

~RSSR~

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah(3x)
atas segala nikmat kurniaan Allah sehingga hari ini
dikurniakan dengan bermacam-macam nikmat
sehingga tidak terhitung diri ini~

tatkala Ramadhan hampir melangkah ke fasa terakhir,
diri ini berpeluang menyertai RSSR ( Russian Student Summer Retreat '11)
alhamdulilah~
pengalaman yang sangat-sangat berharga~
berpeluang mengutip mutiara-mutiara di dasar lautan..
semoga ianya sentiasa dalam ingatan..

kali ini,RSSR bertempat di Masjid Negeri,Shah Alam
which is depan hidung jek kan~
kalo tidak pergi memang melampau kan?
=)
hahaha~

program selama 3 hari ini amat berbaloi
despite kepenatan kepala otak
dengan pengisian-pengisian yang boleh tahan tahap
ke-'power'-an nya~
*habis jek pengisian terus tido,,penat koot*,,
=)

kesimpulannya ada lebih kurang 4 slot

slot 1- forum bersama Dr Rafeeq and Dr Afiq
slot 2-Usul 20 ( Hassan-Al-Banna)
slot 3-Qaedah Solbah (QS)
slot 4-Ahammiah At-Tarbiyah (Kepentingan tarbiyah)

forum pertama itu lebih berkisar bagaimana kehidupan ketika menjadi HO ( houseman officer),
bagaimana mahu membiasakan diri dengan persekitaran normal masyarakat sekarang.
bagaimana tarbiyah selama 6 tahun sangat membantu dalam mengharungi dugaan
dan cabaran HO,,
salah satu kata-kata Dr Rafeeq yang terkesan di hati saya ialah

"kita tidak akan tahu kita pandai berenang jikalau kita tidak terjun ke sungai"

mungkin kata2 yang simple,tapi cukup terkesan di hati saya,
kita memang akan diuji dengan segala ilmu yang kita ada,
baik sekarang mahupun di masa hadapan kelak~
kita pun tidak akan tahu potensi diri kita jika kita tidak diuji kan?
jadi jangan pernah merasa diri anda cukup sempurna,baik,alim,soleh jika
belum pernah diuji~

ini pun bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat
2 & 3

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

seterusnya,rasa macam mahu bercerita tentang Usul 20,
sebab saya merasakan itu sangat menarik
unik
ilmu baru~alhamdulilah

tapi,saya tidak berkebolehan sangat dalam menerangkan perkara2 macam ini,
saya sendiri belum cukup mantap
takut ade khilaf di mana-mana nanti

cuma dalam pengetahuan saya,
Usul 20 adalah ijtihad As-Shahid Imam Hassan al-Banna
usul ini bertujuan untuk menyatukan fikrah umat Islam,
merapatkan jurang yang terjadi antara umat Islam

penyampai untuk tajuk ini adalah Ustaz Alias
beliau sangat berpengalaman,
berada dalam medan dakwah selama lebih 30 tahun,
penerangan beliau jugak menarik

untuk mengetahui lebih lanjut tentang Usul 20


mungkin sampai sini saja citer pasal RSSR,
sebenarnya ini adalah entry tertangguh,mula tulis,
lepas tue,stop lama,
so,macam blur-blur sikit
maaf2~
sebab tue tidak suka tangguh2 entry nie,
hikhik~

anyway,semoga kita memanfaatkan malam-malam terakhir di
bulan Ramadhan ini,
jangan hanya disibukkan dengan persediaan untuk raya sahaja,
persediaan untuk malam-malam terakhir or lailatulqadar bagaimana?

insya Allah
sama-sama kita muhasabah diri

till next tyme,
may Allah bless~


Friday, August 5, 2011

:.HosPitaL:.

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah
masih lagi diberi kesempatan untuk merasai hari ke-5 di bulan
Ramadhan yang penuh mulia ini..

siang tadi berpeluang menjejakkan kaki ke Wad Oncology,Hospital Kuala Lumpur
sepanjang hampir 5 jam di sana,
 diri ini rasa sangat amat tertampar..

baru menyedari tentang nikmat yang paling besar sekali
yang selama ini sering kali diabaikan
nikmat sihat sebelum sakit

suatu ketika,
di ruang menunggu,terlihat seorang kanak-kanak
mungkin dalam lingkungan 4-5 tahun
tersenyum gembira melompat-lompat,
tetapi kepalanya botak
hampir keseluruhan
kesan dari chemoteraphy mungkin
ibunya memandang dengan pandangan sayu

kanak-kanak sebesar itu,apalah yang mereka faham tentang
erti kanser,rawatan,erti hidup
sangat tersentuh di lubuk hati paling dalam 
melihat kanak2 tersebut

menyumpah-nyumpah diri sendiri yang selalu sangat alpa
selalu sangat mengeluh walaupun melimpah-ruah
nikmat yang Allah berikan terhadap diri ini
terutamanya bab sihat tubuh badan 

alhamdulilah ya Allah~

tujuan sebenar saya ke HKL ini 
adalah untuk menghantar pakcik saya
yang didiagnosekan menghidap NPC stage 4..
sedih memang sedih..
sebab diagnose lambat
dan kanser itu pula aggresif
metastasis dengan sangat cepat
menyebabkan penglihatan dan pendengaran
beliau sangat terjejas

selalu terfikir,
mesti beliau sangat sedih apabila kehilangan dua pancaindera
sekaligus
yela
sebelum ini sihat walafiat,
tapi cuma dalam masa 5 bulan 
hilang hampir 2 pancaindera

isterinya pula surirumah tangga sepenuh masa
keluarga mereka hilang mata pencarian
cuma mengharapkan wang kebajikan
kasihan melihat anak-anak beliau
yang masih kecil

kadang-kadang,saya terlihat yang beliau sebenarnya
hampir berputus asa,
hampir-hampir tidak mahu berusaha untuk berubat
semangat hilang entah ke mana
kadang-kadang,selepas dinasihati,
beliau senyum sekejap

tapi,yelah
saya cuma boleh berkata-kata 
saya tidak berada di tempat beliau
saya tidak rasa hilang dua pancaindera sekaligus
saya tidak rasa macam mana kusutnya fikiran memikirkan
masalah wang untuk menanggung anak dan isteri
saya tidak rasa macam mana perasaan apabila doktor mengkhabarkan
perihal kanser stage 4..

insya Allah~
saya mengharap dan mendoakan yang terbaik untuk beliau
semoga Allah rencanakan yang terbaik untuk beliau
semoga beliau terus tabah

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya......"
(Al-Baqarah:286)

dan saya?
semoga terus menghargai setiap detik waktu ini.
kematian tidak mengenal usia,warna kulit ataupun bangsa~

mati itu PASTI,
hidup insya Allah~

"Andainya ini ramadhan terakhir.
layakkah kita berhari raya?"
-Solusi,edisi 34-

till next tyme
may Allah bless~


p/s:aisyh,jewel from the quran dah xjalan da..hampeh btol la
munirah norzaki ini..=.=

p/s 2:anda rasa macam mahu telekung baru?meh singgah jenguk
*da berubah profession menjadik promoter berjaya*..=)


Monday, August 1, 2011

~Jewels From The Quran 1~

salam ~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah
berpeluang merasai 1 Ramadhan
berpeluang untuk berbuka bersama keluarga tercinta
di bumi Malaysia yang aman damai
nikmat yang tiada tolok-tandingnya..
masih terfikir adakah saya akan merasai lagi nikmat 1 Ramadhan 
ini tahun hadapan,,

sebelum itu,mungkin ada sahabat yang sudah tahu mengenai berita ini,
sahabat seperjuangan kita di INTEC,
Fatin Fasihah,pelajar Cairo University,
menghembuskan nafas terakhir pada malam semalam
due to cerebral hemorrhage and cardiac arrest
dan saya mendengar berita bahawa beliau juga
menghidap penyakit SLE
sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah



ketahuilah sesungguhnya segala sesuatu di muka bumi ini
hanyalah pinjaman semata-mata
semoga sama2 kita ambil iktibar
supaya kita sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi segala kemungkinan
di masa hadapan~
insya Allah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

back to the topic~
hari ini,
Jewels From The Quran

due to certain circumstances,
saya start dari Juz 6
hehe~maaf ya~

saya tidak mempunyai kelebihan untuk mengulas
lagi pula untuk mentadabbur ayat2 tertentu..
apa yang baik terima lah
dan apa yang buruk,tegur lah saya seadanya~
^_^

"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ? " (Al-Maidah:50)

~Ayat ini jelas menegaskan tentang hukum-hukum Allah,
siapa lagi yang lebih tahu tentang seorang manusia
melainkan pencipta nya sendiri?=)~

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Al-Maidah:8)

~kewajipan kita untuk sentiasa berlaku adil dan jujur,jangan terlalu ikutkan hasad dengki
dan nafsu..=).~

"Maka barangsiapa bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Al-Maidah:39)

~Allah maha Penerima Taubat,sama-sama lah kita cuba untuk memperbaiki diri,
lebih2 lagi di bulan mulia ini..insya Allah~


saya manusia,saya juga melakukan kesilapan,kadang-kadang saya alpa,bangga dengan 
kesalahan saya sendiri,
jangan menilai saya berdasarkan tulisan saya,
sebaliknya,ambillah pengajaran yang berguna daripada tulisan saya
sesungguhnya saya juga insan yang sedang mencuba
untuk berubah..

insya Allah~
sama-samalah kita menambah amal ibadah kita di bulan mulia ini~

till next tyme,
may Allah bless all of you~


Sunday, July 31, 2011

ramadhan~

salam
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah ramadhan akan menjelma~
semoga ramadhan kita tahun ini akan lebih baek
daripada tahun2 sebelum ini

ahlan wasahlan ya Ramadhan~

saya bukan lah baik sangat
tapi
changing for good ain't a crime kan?
=)

jadi saya berazam untuk menyahut seruan ini


marilah sama2 kita memeriahkan ramadhan kita
insya Allah~

semoga Allah memberkati anda semua
till next tyme~

p/s:sory,sekarang selalu quickie update jek,busy..hahaha..=)

Wednesday, July 20, 2011

:.GraTefuL:.

salam~
bismillahhirahmanirrahim~~

it's good to be home~
alhamdulilah~

ari ni 21 july 2011~
da 4 ari berada di malaysia..
perasaan?
heaven giler

bersyukur dengan anugerah Allah yang tiada
galang ganti ini
KELUARGA~

rindu dengan kerenah2 mereka
rindu dengan perangai giler2 mereka
rindu ukhuwah yang terjalin~
kasih sayang mereka
=)

abah cuti seminggu nie,
sebab anak2 mereka pulang dari perantauan
*aku dari Moscow,
*k ngah dari Perak..
hahahah

heaven x?
heaven2~

so,appreciate masa yang ada ini~
sementara masih lagi mempunyai akal dan tubuh badan yang sihat
akan cuba untuk menghargai mereka dengan sebaik2 nya~
insya Allah

owh,btw,hari nie,
bwat celebration birthday aku n k ngah 
in advance~
sbb k ngah da nak balik end of this week
so celebrate jek la awal~
pic?
later2~
xsempat nak upload~

one day,if I got my own family,
i will make sure that i MUST spend time with them(hubby,kids)
even busy tahap perang dunia ke-3
because only love and attention makes family work~
*hoho,semangat berkobar-kobar..^_^

till next tyme,
may Allah bless

p/s:ramadhan is coming~
prepare yourself for a better ramadhan
semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna daripada tahun lepas
insya Allah~



Friday, July 15, 2011

nice~

salam
bismillahhirahmanirraim~

ini sangat nice..=)

sila klik sini

till next tyme,
may Allah bless

Monday, July 4, 2011

KuniNg??

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alright,straight to the point,
i'm so not into BERSIH actually~
ok,blame me for that~

yela,i didn't know single thing about those things,
so,i hate just follow all those peoples
and keep 'sokong' all those that I don't even know at the first place~

what BERSIH for?
who is Dr.Ambiga?
why so suddenly ?

but later then,
I found this~
and I like it~
which I think waay more important that err..BERSIH??
ok,again,blame me~


ok,bacalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut~
^_^


till next tyme~
may Allah bless all of you

insya Allah


p/s:FYI,tidak sokong BERSIH,tidak semestinya saya tidak kisah pasal
politik or Malaysia,or even Islam~
I do care~
but,just,everything needs it's own time~
terima kasih..=)


Saturday, July 2, 2011

:.DuTa keCiL & DugAan:.




salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah
masih lagi bernafas di bumi Allah indah ini
dikurniakan akal fikiran dan tubuh badan yang sihat 
insya Allah~

cuma mahu berkongsi sedikit pengalaman tadi,
semasa di usrah kami yang terakhir untuk semester ini insya Allah,
kami mengadakan usrah di sebuah err..'foodcourt' lebih kurang..
tapi,ade 1 restoran halal di situ..

semasa mengadakan usrah,
biasa lah,
memang ramai yang memandang dengan pelbagai pandangan,
pandangan pelik,jelik,kagum,ingin tahu dan lain-lain,,

setelah beberapa lama,
ade seorang lelaki Russia,
dalam lingkungan 20-an,
datang ke arah meja kami,
bertanyakan

"itu apa?"

sambil menunjukkan ke arah Quran berwarna-warni yang kami pegang..=)

kami menjawab,"ini Quran,Our Books"

selepas itu,beliau terus berlalu,
kami mengagak mungkin beliau cuma ingin tahu,,
tidak berapa lama kemudian,
beliau datang bersama 6 air kotak!!
dan itu untuk kami!
sambil meletakkan air itu,
beliau juga menyatakan beliau juga Muslim~

alhamdulilah~
sangat susah mencari orang-orang di Rusia ini yang "mesra pengguna"
rasa sangat bersyukur bila dipertemukan,
mungkin beliau biasa2 sahaja~
tapi terasa keikhlasan yang cuba disampaikan
alhamdulilah~
semoga pahala untuk kamu bertambah
jazakallah
abang-air-kotak-sedap
=)

~~~~~~~~~~~~~~~~

the point is,
kita sebagai umat Islam,
adalah DUTA KECIL kepada agama Islam itu sendiri
akhlak kita,percakapan kita,ibadah kita,
semua akan dinilai oleh mereka2 yang ingin tahu
bahawa Islam adalah agama yang bagaimana sebenarnya 

sebagai contoh,
kadang2 di Rusia ini,memang selalu rasa nak mengamuk,
maklumlah,mereka besar,kalo langgar memang terpusing la,
tapi,kalo marah,
mesti persepsi orang2 di sini

"owh,Islam ini agama xsabar,patutlah ramai pengganas,
pengebom berani mati,,etc,,etc,,"

jadik kena selalu bersabar,
senyum jek even mereka pandang dengan pandangan 'anda-pakai-ape-di-kepala?'

iAllah~
mungkin nampak kecil,
tapi ibrahnya iAllah besar,,

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
(Al-Baqarah:208)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dan,kepada mereka-mereka yang merasakan bahawa mereka ditimpakan ujian yang sangat berat,
bersabarlah,iAllah apa yang terjadi itu yang terbaik,
ade hikmah cantik yang tersembunyi
dan yang paling penting,
 Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambanya
jangan pernah lupa untuk selalu berdoa kepada Allah~
mintak dengan bersungguh-sungguh
^_^

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(Al-Baqarah:186)




till next tyme~
may Allah bless all of you

Tuesday, June 28, 2011

:.aLhamduliLah~:.



salam~
bismillahirrahmanirrahim~

alhamdulilah~
segala puji bagi Allah di atas segala nikmat dan kurniaan-Nya~

akhirnya berjaya menamatkan tahun kedua di First Moscow State Medical University~
all the exam done with flying colours~
alhamdulilah~

kejayaan ini untuk anda semua~yeah~peminat-peminat saya,teruskan menyokong karya saya~
hahahhaa..*mepek*

first of all,
kejayaan ini untuk umi dan abah~
yang tidak pernah lupa untuk membacakan Yassin,puasa sunat dan mendoakan
yang terbaik dalam peperiksaan untuk anaknya yang jauh diperantauan~

terima kasih umi n abah~
what more should a daughter like me could ask right??
that's really enough~

terima kasih juga kepada sahabat2 yang sentiasa mendoakan kejayaan saya~
jazakallah kamu semua~
semoga Allah permudahkan urusan kamu2 juga
=)

yeah~
exam were done~
so,kenalah kemas bilik,
maklumlah,bila exam fever,bilik macam kena langgar garuda~
baju bertimbun2,
bilik xbersapu,
meja study and katil dibanjiri segala notes2,buku2 tebal..
ahhaha~
luckily i'm done~

right now,
movie marathon~
got 4 season of Supernatural..
hoyeaahh~

hehehehe
but,abah da pesan awal,

"waktu lapang nie jangan bersuka-ria sangat,ingat2 Allah jugak~"

insya Allah abah!
=)

now,prepare with all the practical thingy,
then,going back to malaysia~
hoyeah~~
miss Malaysia damn much!
^_^

hahahaha~
merepek jek kali nie,,
feel awkward,been a long time not to come up with anything~
haha~

that's all,

till next tyme~
may Allah bless u guys~

p/s:jangan lupa,kadang2 masa lapang itu lagi "membunuh"
daripada masa sibuk itu sendiri~
=)





Monday, June 13, 2011

::FatHer's Day::

salam~
bismillahhirahmanirrahim~
here the songs for you~

You Raise Me Up-Westlife

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

[Instrumental break]

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be. 



Happy Father's Day
untuk abah saya yang tersayang
En.Norzaki B Abd Manap..
^_^
terima kasih abah kerana sabar dan tabah membesarkan kami adik-beradik
yang sangat amat banyak kerenah,
terima kasih kerana tidak pernah gagal dalam memberi keperluan 
kepada kami baik dari segi wang ringgit mahupun kasuh sayang
terima kasih
terima kasih
alhamdulilah ya Allah kerana mengurniakan aku seorang abah yang sangat penyayang~
semoga Allah sentiasa memberkati beliau~
semoga aku diberi kesempatan untuk membalas jasa beliau~


 "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"(17:23)

semoga segala-segalanya diberkati dan dipermudahkan~
insya Allah~

till next tyme~
may Allah bless~

p/s:tidak salah sama sekali mengatakan yang anda sayangkan bapa anda,
mungkin luaran mereka nampak garang tapi garang seorang bapa apalah sangat~=)
lakukan ianya sebelum anda menyesal di kemudian hari~


p/s 2:wooohh,,blog dah ada location sekarang..mantap2~
=)

Wednesday, June 1, 2011

:.BeLieve Vs TruSt:.

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

hmm..
lama xupdate kat sini~
asek duk sibok kat tumblr jek..
makin lama da makin xreti nak tulis ape~

hmm~
agak sedikit kecewa dengan keputusan hari ini,
frust banyak jugak sebenarnya~
terasa macam putus asa~
aku memang x pandai..huaaa~

ok~merepek,,
*tekanan perasaan memang macam tue*


here,i wanna share some simple but worth-reading stories~





well,
rasa macam cerita ini da cukup jelas,nyata dan terang
without further elobaration,
everyone can understands it~
Put you 100% trust on Allah~
He will not let you down~
insya Allah~

mari kita sama2 mendidik hati~
^_^

till next tyme~
may Allah bless~



Wednesday, May 11, 2011

:.MaKan2~NoM2:.

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

hari ini cuaca cantik~
jadik lepas kelas Microbiology yang amat lama itu,

kami bercadang untuk makan2~
memandangkan masing2 da kebulur tahap cipan tergolek2~
hehe~
*pelik aku*

jadik kteorg test ade satu restoran baru yang heboh dikatakan heaven oleh rakan2 sekalian~
restoran tue nama "Bufet"

kita bayar harga pinggan and boleh amek semua jenis makanan

tapi untuk satu kali round jek la~
means anda kena sumbat semua appetisers,main dishes,desserts suma dalam satu pinggan


ikotlah kreativiti anda untuk menyumbat semuanya
owh
pinggan ade tiga saiz
besar,sederhana and kecil~

kami semua amek pinggan sederhana
aku yang memang tengah lapar nie
memang tanpa membuang masa terus serbu tempat bufet tue~

food dye oklah..
xde la sesedap malaysia
tapi boleh la nak hidup~

ini moscow kot~
mana lah nak carik roti canai~
=.=

enjoy the pics~



ini kami semua~=)


owh,ini mknan saya,terel x sy susun~
sebelah itu,koktel yg rasa pelik~

close-up mknn saya
nmpak x sotong tue~nyummy~


ini setelah selesai makan~

memang seronok
alhamdulilah xmembazir
*sebab memang amek ikot nafsu segala*
memula ingat aku xmampu
nak abeskan semua tue,
tapi TERabes pulak~
kuikuikui~

saya-suka-makan~
bahagia~

till next tyme~
may Allah bless u all~


p/s:sory for the not-so-quality-pic,,I didn't own a dslr~



Sunday, May 8, 2011

:.HappY MotHeR's Day:.




salam~
bismillahhirahmanirrahim~

HAPPY MOTHER'S DAY UMI!
LOVE U MUCH2~

thanks a lot for being the best,unique,sweet,understanding,kind and etc(all goods things) mom for me!,,
there are not enough words,videos or things that is equal to all your love for me~

thanks for giving birth to me~
may Allah gives you strength to stay with us and still continue raising us~

I always pray that Allah gives me enough time to repay all your kindness
even I know it's just only one percent of it~

thanks for always nagging at me whenever I was about to spend all my money for shopping~
*yes,i'm a little bit shopaholic*

thanks for always been a good listener to me for all this time~
since I was kids till now,I'm 20 years old~

thanks for putting trust on me 110%
 even at that time nobody believes me~

thanks for always encourage me to do all the good deeds,
did well in my exams~

and lastly,you are the main reasons why I still stay strong even at the most crucial time i've ever faced~

A really2 big thanks to you~

I really love you from the bottom of my heart,
wishing you prosperity and happiness in your life~
may Allah grant you your wish and bless all your life~

proud to call you my UMI~
^_^

ILoveThis~

this one also for you~
hehehe~





Happy Mothers Day to all umi,emak,ibu,mama,etc,etc in this world~
may Allah bless all of you~

till next tyme~
may Allah bless~

p/s:yes,i'm a die-hard-fan of matluthfi
hehehe~

p/s 2 :umi,boleh x nak beli lagi sikit jek,kasut,dress ngan
beg jek..bole x?
bole laaa..plis2~
^_^