BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 5, 2011

:.HosPitaL:.

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah
masih lagi diberi kesempatan untuk merasai hari ke-5 di bulan
Ramadhan yang penuh mulia ini..

siang tadi berpeluang menjejakkan kaki ke Wad Oncology,Hospital Kuala Lumpur
sepanjang hampir 5 jam di sana,
 diri ini rasa sangat amat tertampar..

baru menyedari tentang nikmat yang paling besar sekali
yang selama ini sering kali diabaikan
nikmat sihat sebelum sakit

suatu ketika,
di ruang menunggu,terlihat seorang kanak-kanak
mungkin dalam lingkungan 4-5 tahun
tersenyum gembira melompat-lompat,
tetapi kepalanya botak
hampir keseluruhan
kesan dari chemoteraphy mungkin
ibunya memandang dengan pandangan sayu

kanak-kanak sebesar itu,apalah yang mereka faham tentang
erti kanser,rawatan,erti hidup
sangat tersentuh di lubuk hati paling dalam 
melihat kanak2 tersebut

menyumpah-nyumpah diri sendiri yang selalu sangat alpa
selalu sangat mengeluh walaupun melimpah-ruah
nikmat yang Allah berikan terhadap diri ini
terutamanya bab sihat tubuh badan 

alhamdulilah ya Allah~

tujuan sebenar saya ke HKL ini 
adalah untuk menghantar pakcik saya
yang didiagnosekan menghidap NPC stage 4..
sedih memang sedih..
sebab diagnose lambat
dan kanser itu pula aggresif
metastasis dengan sangat cepat
menyebabkan penglihatan dan pendengaran
beliau sangat terjejas

selalu terfikir,
mesti beliau sangat sedih apabila kehilangan dua pancaindera
sekaligus
yela
sebelum ini sihat walafiat,
tapi cuma dalam masa 5 bulan 
hilang hampir 2 pancaindera

isterinya pula surirumah tangga sepenuh masa
keluarga mereka hilang mata pencarian
cuma mengharapkan wang kebajikan
kasihan melihat anak-anak beliau
yang masih kecil

kadang-kadang,saya terlihat yang beliau sebenarnya
hampir berputus asa,
hampir-hampir tidak mahu berusaha untuk berubat
semangat hilang entah ke mana
kadang-kadang,selepas dinasihati,
beliau senyum sekejap

tapi,yelah
saya cuma boleh berkata-kata 
saya tidak berada di tempat beliau
saya tidak rasa hilang dua pancaindera sekaligus
saya tidak rasa macam mana kusutnya fikiran memikirkan
masalah wang untuk menanggung anak dan isteri
saya tidak rasa macam mana perasaan apabila doktor mengkhabarkan
perihal kanser stage 4..

insya Allah~
saya mengharap dan mendoakan yang terbaik untuk beliau
semoga Allah rencanakan yang terbaik untuk beliau
semoga beliau terus tabah

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya......"
(Al-Baqarah:286)

dan saya?
semoga terus menghargai setiap detik waktu ini.
kematian tidak mengenal usia,warna kulit ataupun bangsa~

mati itu PASTI,
hidup insya Allah~

"Andainya ini ramadhan terakhir.
layakkah kita berhari raya?"
-Solusi,edisi 34-

till next tyme
may Allah bless~


p/s:aisyh,jewel from the quran dah xjalan da..hampeh btol la
munirah norzaki ini..=.=

p/s 2:anda rasa macam mahu telekung baru?meh singgah jenguk
*da berubah profession menjadik promoter berjaya*..=)


4 oRang sUka:

pencinta said...

nasopharyngeal carcinoma ke yg ko mksdkan NPC tu?
kalo ye..ya Allah smoga pakcik tu diberi ketabahan utk hadapi dugaan hebat ini..mungkin ujian terbaik utknya dibulan rahmat penuh keampunan ini..

محمد فتحي said...

kanser ade bpe tahap?tahap ke 4 teruk macam mana?..kenapa bl kne kanser yg d maksudkn hilang 2 panca indera?panca indera yg mane yg hilang?..
moga ALLAH permudahkan segala ujian pada mereka sekeluarga...
ps-moga ALLAH tabahkan hatinya,psl rezeki tak payah risau,bukan kita yg mmeberi suapan nasi dlm mulut anak-anak kita,tp smmgnya hanyalah kerja DIA semata-mara...

MunirahZaky said...

asey:a'ah..nasopharyngeal carcinoma..

fathi:lebih kurg kanser ade 4 tahap jek la..kira stage 4 nie paling teruk la..lebih kurg..
mcm harapan nk sembuh 100% tue tipis sgt..

bila kena kanser tue ilang due pancaindera.sbb kanser tue kt belakang hidung..kn dekat dgn mata n telinga..
sbb tue beliau kurang dengar n kurang nampak..
kanser dye da spread..sbb tue,,telinga n mata terjejas..
iAllah,semoga Allah rencanakan yang terbaik utk dye..

iqapika said...

cukup lah pakcik aku meninggal ngan tiba2 sebab darah tinggi yg teruk.. vein dia pecah sbb tension.. aku takleh bayang.. yg bagusnya, perangai aku amek dari dia sikit.. =(
cpt tension.. tp aku luah kan lah dlm berbagai2 bentuk sbb aku taknak jadi camtu.. moga2 sihat la.. amin