BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 6, 2013

#Hilang?#

#this is a very backdated entry, draft since March 2013, bru teringat nak publish#

Bismillahhirahmanirrahim

alhamdulilah berpeluang merasa salji untuk kesekelian kalinya,
segala puji bagi Allah

entahlah, sejak akhir - akhir ini, diri terasa kosong, terasa apa yang dilakukan semuanya serba tidak kena. rasa diri kosong,

senang cerita rasa pergantungan dengan Allah itu hilang, lenyap.
walaupun sehari-hari dipenuhi dengan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang student, rasa kosong itu tetap menyapa sekali -kala.

gelak ketawa bersama sahabat handai cuma sementara, tidak dapat mengubat hati yang semakin kosong.

kenapa?

diri sendiri juga tengah mencari punca.
di mana silapnya?
di mana lompongnya?
di mana cacatnya?

kenapa di mulut bangga mengaku beriman dan khalifah Allah, tetapi hati kosong, tidak basah dengan perasaan tenang, yakin dengan Allah.

bila ujian melanda, hati cepat melatah, mulut cepat mengeluh, hati mula berputus asa.

mengapa ini yang terjadi?
Allah tidak sayang aku kah?
kenapa aku yang Allah uji?
kenapa tidak orang lain?

dan monolog-monolog dalaman berterusan sehingga ke dinihari.tidak berkesudahan.

kadang kala, rindu diri yang dahulu, yang bersemangat waja, terus melangkah ke hadapan, terus tenang tatkala di sapa ujian, terus menyebarkan aura positif.
ke mana diri itu menghilang? adakah ini tanda - tanda penuaan? (mengarut) atau tanda - tanda kematangan?

atau tanda-tanda yang sebenarnya diri ini sudah futur? jauh dari Allah?
#muhasabah.

kadang - kadang dalam hidup memerlukan kita untuk buat pilihan, yang sememangnya kita sedia maklum bahawa pilihan tersebut bukan mudah.
bukan sekadar kepentingan anda dan buku,baju, kasut.
ianya lebih dari itu, melibatkan manusia dan perasaan.

bila keputusan dibuat, banyak hati yang akan terluka,tergores dengan kenyataan tersebut.
tetapi diri sendiri yang perlu untuk buat keputusan?
tersepit, seperti diluah mati emak, ditelan mati ayah.
kiri kanan mendesak keputusan dibuat.
mungkin masih tidak terlambat untuk diri sendiri tunduk bersujud kepada Allah memohon petunjuk,
apa yang terbaik untuk diri sendiri,
terbaik untuk ummah terutamanya.. :)

0 oRang sUka: