BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 30, 2010

::UpDate~::..

salam

bismillahirrahmanirrahim

~Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.
Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-sebaik balasan (bagi) orang-orang yang beramal (soleh).
Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian- kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di atas muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).(Al Imran;133-136)

hmm..
mngkin ayt nie sdikit pjng..
tp ayt nie "ayt sandwich"
133 n 136-roti
134 n 135-inti
bak kata kak sarah~
insya Allah ayt nie sgt2 la best..

lngkap sume..
Al-Quran Allah trunkan utk kita sume sbg peringatan
sebab manusia nie selalu lupa..
Semakin bnyk Allah ulang sesuatu perkara dlm Quran tue,
semakin tggi probability kita tuk lupa..

ayt nie dpnggil ayt sandwich sbb ayt nie perfect
ade "roti" dye and ade "sandwich"dye
kesimpulan tuk sume ayt nie,
lebih kurang la..
ini berdasarkan hasil perbincangan kami
sory ats segala kekurangan n kelemahan

dlm ayt 133,"bersegera mncari keampunan......"
kita sgt2 perlu kejar keampunan Allah
sebab ape??
sbb kita sgt2 bnyk bwat dosa + jarang sedar yg kita snanye bwat dosa..
hmmm..
kita pn perlu kejar Syurga Allah
sbb
sape xnk msuk syurga kn?
kalo tnye bdk kecik pn
da tw syurga tue mcm mne..
Allah pn ade mnggambarkan syurga itu seluas langit n bumi

seterusnya Alla terangkan psl ciri2 org bertakwa dlm ayt2 nie jugak~
*Sedekahkan harta semata2 kerana Allah

*Tahan kemarahan kita
-Org yg paling kuat ialah org g berjaya menahan kemarahannya-

*Maafkan kesalahan org laen
~Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.~(24:22)


Insya Allah
byk yg bole dpt dri ayt2 nie
apabila kita rasa da terbuat salah/dosa
xkesah sme ade ngan Allah or human
cpt2 mntak maaf/ampun
pintu taubat Allah sentiasa terbuka
tanamkan rasa malu biler bwat dosa ngan Allah
so
kita xkn ulang mistakes yg sme
jgn putus asa ngan rhmat Allah
^_^

~Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ~(39:53)

letakkn Allah as priority kita^_^
insya Allah
sama2 kita berusaha berubah ke arh hamba yg lebih bertakwa
sbb
Allah syg hamba2 nya yg bertakwa~=)

till next tyme


1 oRang sUka:

pencinta said...

alhmdulillah..pekongsian yg best