BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label learning. Show all posts
Showing posts with label learning. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

:.That MemoRies:.

bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah~
atas nikmat Allah yang terbesar sekali iaitu nikmat Islam dan Iman
alhamdulilah~

lately ini,tidak tahulah kenapa,tapi asek duk teringat kat member-member Sepintar jek,
hmmm,
suka duk mengimbau kenangan zaman-zaman sekolah dulu,
masa tengah nakal-nakal,
masa tengah skema tahun ada exam penting,
hahaha,
sesungguhnya itu adalah 5 tahun paling indah dalam hidup,
yes,say that i'm exaggerating it ,but i do really mean it!..=(

teringat zaman-zaman Form 1,aku asek kena buli ok,*sebab kelurusan diri sendiri*
hahahaha
zaman-zaman Form 2,rasa bangga sebab dah ada junior,hahaha,membuli jek kerja..
Form 3,da kena start serius belajar,maklum la,PMR,,
Nisa,Asilah,Sept,sume genius2,,
alhamdulilah~kami semua berjaya mendapat 9A,,=)
Form 4,tahun honeymoon la katakan,orang baru lepas PMR,
hahaha,,memang honeymoon habis,sampai fail addmath Mid Year Exam,,
hahahaha,,perangai2,
dapat kawan-kawan baru,macam-macam jenis,macam-macam perangai,
hahaha~bahagia
Form 5,tahun serius,SPM la katakan,
semua orang pun bersungguh-sungguh,,

hmmm,,sumpah rindu semua kenangan-kenangan itu,
rindu pagi-pagi solat subuh berjemaah di masjid,
ma'thurat,kuliah subuh(even separuh kuliah tue,tido)
breakfast ramai2,
pergi sekolah,belajar,prep petang,riadhah,
solat maghrib jemaah,
kuliah,prep malam,supper,
nasi lemak ustaz kamisan,
burger ustaz kosim,
ok,sumpah rindu!

tidak kesahlah orang cakap sekolah itu macam neraka ke,bosan ke,
peraturan ketat sangat ke,ape la,suka hati,tapi aku rindu sume tue,=(

kenapa-kenapa entah petang-petang melayan perasaan camnie,
hahahaha~

SPM 2008~

nisa+sept..=)

=)

subuh-subuh terakhir di sepintar

kami~

sepintar~

Bio Night 08'

Perfect Score 08'
us~=)
spm 08'

PPS Sepintar 08'

reunion 09'

proud to be Sepintarian~


sekarang semua pun da dewasa,da 21 ok!,,
hahahaha,,semua pun ada haluan masing-masing,
masih lagi belajar,
bekerja,
praktikal,
dan macam-macam lagi,
didoakan anda semua berjaya di dunia dan akhirat,
insya Allah~
semoga Allah permudahkan urusan anda semua,

ok,i'm the one who hold on memories tightly,because that the only things
that doesn't change even people in it change..
^_^

til next tyme~
may Allah bless all of you~




Sunday, September 18, 2011

:.3 rd YeaR 2011/2012:.

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah
sudah hampir 2 minggu di bumi Rusia ini
cuaca sejuk betul..even baru autumn..
brr..brr,,brr..
menggigil~
hehehe

sudah masuk tahun baru
semakin mencabar nampaknya
biasalah,
3rd year
tahun last untuk teori
sumbat lah semua untuk belajar terus

here are my subjects:

Pharmacology
Microbiology
Pathology Anatomy
Pathology Physiology
General Surgery
Internal Disease
Extreme and Military Medicine
Informatics

huh,banyak kan?
dah la semua memang berat..=.=
tahun lepas 2 jek subjek berat
Physio and Biochem jek
ok
jangan merungut

sebab miss lebih kurang seminggu kelas ari tue
(nak raya kat Malaysia punya pasal)
so,rasa macam nak tersungkur nak catch-up balik semua
lecturer pulak cakap
"owh,u'all miss the first class,so,u'all should read it by yourself"
=.=

sabar2,
minggu ini jek,ada dua colloq (baca:test)
Pharmaco and Microbe
hmm..dah boleh agak da ke'busy'an yang akan melanda
hari-hari kelas habis lambat
hari Sabtu pun ade kelas,dari pukul 9 pagi,sampai
5 petang pulak tue..
huaaa~
sedeyh tak?
sedeyh2~

tapi,
suka dengan lecturer Internal Disease
Dr.Rameev
beliau kacak dan baik
selalu share pengalaman
*tapi dah kawen*
=.=

tapi aku selalu buat perkara memalukan
macam kat kelas hari tue
kami semua tengah discuss pasal
history taking,
macam mana nak interview patient sume

tetiba,Dr tue tanya aku,

"ok,how we should ask our patient about their social life
especially about their sexual activity?"

"errr,,how did you do it?"

damn!
apa aku pikir?!

the whole class burst into laughter

aku tengah berkira-kira
kot2 terjun tingkap hospital ini mati ke tak..
=.=

malu giler aku!

boleh pulak Dr.Rameev sengih and cakap

"maybe you should change your question a little bit"

huaaaa..
malu2,asiyh,xboleh la lecturer tetiba pandang and terus tanya
otak aku freeze,xbole berpikir
ok 
malu
malu
malu

biarkan
abaikan jek,
mintak-mintak dia xingat apa aku cakap~
ahhahaha~

merepek minggu pertama kelas
biasa la~
=)

hope everything turns out well
insya Allah~

semoga saya juga semakin rajin

till next tyme,
may Allah bless all of you


Friday, August 26, 2011

~RSSR~

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah(3x)
atas segala nikmat kurniaan Allah sehingga hari ini
dikurniakan dengan bermacam-macam nikmat
sehingga tidak terhitung diri ini~

tatkala Ramadhan hampir melangkah ke fasa terakhir,
diri ini berpeluang menyertai RSSR ( Russian Student Summer Retreat '11)
alhamdulilah~
pengalaman yang sangat-sangat berharga~
berpeluang mengutip mutiara-mutiara di dasar lautan..
semoga ianya sentiasa dalam ingatan..

kali ini,RSSR bertempat di Masjid Negeri,Shah Alam
which is depan hidung jek kan~
kalo tidak pergi memang melampau kan?
=)
hahaha~

program selama 3 hari ini amat berbaloi
despite kepenatan kepala otak
dengan pengisian-pengisian yang boleh tahan tahap
ke-'power'-an nya~
*habis jek pengisian terus tido,,penat koot*,,
=)

kesimpulannya ada lebih kurang 4 slot

slot 1- forum bersama Dr Rafeeq and Dr Afiq
slot 2-Usul 20 ( Hassan-Al-Banna)
slot 3-Qaedah Solbah (QS)
slot 4-Ahammiah At-Tarbiyah (Kepentingan tarbiyah)

forum pertama itu lebih berkisar bagaimana kehidupan ketika menjadi HO ( houseman officer),
bagaimana mahu membiasakan diri dengan persekitaran normal masyarakat sekarang.
bagaimana tarbiyah selama 6 tahun sangat membantu dalam mengharungi dugaan
dan cabaran HO,,
salah satu kata-kata Dr Rafeeq yang terkesan di hati saya ialah

"kita tidak akan tahu kita pandai berenang jikalau kita tidak terjun ke sungai"

mungkin kata2 yang simple,tapi cukup terkesan di hati saya,
kita memang akan diuji dengan segala ilmu yang kita ada,
baik sekarang mahupun di masa hadapan kelak~
kita pun tidak akan tahu potensi diri kita jika kita tidak diuji kan?
jadi jangan pernah merasa diri anda cukup sempurna,baik,alim,soleh jika
belum pernah diuji~

ini pun bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat
2 & 3

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

seterusnya,rasa macam mahu bercerita tentang Usul 20,
sebab saya merasakan itu sangat menarik
unik
ilmu baru~alhamdulilah

tapi,saya tidak berkebolehan sangat dalam menerangkan perkara2 macam ini,
saya sendiri belum cukup mantap
takut ade khilaf di mana-mana nanti

cuma dalam pengetahuan saya,
Usul 20 adalah ijtihad As-Shahid Imam Hassan al-Banna
usul ini bertujuan untuk menyatukan fikrah umat Islam,
merapatkan jurang yang terjadi antara umat Islam

penyampai untuk tajuk ini adalah Ustaz Alias
beliau sangat berpengalaman,
berada dalam medan dakwah selama lebih 30 tahun,
penerangan beliau jugak menarik

untuk mengetahui lebih lanjut tentang Usul 20


mungkin sampai sini saja citer pasal RSSR,
sebenarnya ini adalah entry tertangguh,mula tulis,
lepas tue,stop lama,
so,macam blur-blur sikit
maaf2~
sebab tue tidak suka tangguh2 entry nie,
hikhik~

anyway,semoga kita memanfaatkan malam-malam terakhir di
bulan Ramadhan ini,
jangan hanya disibukkan dengan persediaan untuk raya sahaja,
persediaan untuk malam-malam terakhir or lailatulqadar bagaimana?

insya Allah
sama-sama kita muhasabah diri

till next tyme,
may Allah bless~


Monday, July 4, 2011

KuniNg??

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alright,straight to the point,
i'm so not into BERSIH actually~
ok,blame me for that~

yela,i didn't know single thing about those things,
so,i hate just follow all those peoples
and keep 'sokong' all those that I don't even know at the first place~

what BERSIH for?
who is Dr.Ambiga?
why so suddenly ?

but later then,
I found this~
and I like it~
which I think waay more important that err..BERSIH??
ok,again,blame me~


ok,bacalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut~
^_^


till next tyme~
may Allah bless all of you

insya Allah


p/s:FYI,tidak sokong BERSIH,tidak semestinya saya tidak kisah pasal
politik or Malaysia,or even Islam~
I do care~
but,just,everything needs it's own time~
terima kasih..=)


Saturday, July 2, 2011

:.DuTa keCiL & DugAan:.




salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah
masih lagi bernafas di bumi Allah indah ini
dikurniakan akal fikiran dan tubuh badan yang sihat 
insya Allah~

cuma mahu berkongsi sedikit pengalaman tadi,
semasa di usrah kami yang terakhir untuk semester ini insya Allah,
kami mengadakan usrah di sebuah err..'foodcourt' lebih kurang..
tapi,ade 1 restoran halal di situ..

semasa mengadakan usrah,
biasa lah,
memang ramai yang memandang dengan pelbagai pandangan,
pandangan pelik,jelik,kagum,ingin tahu dan lain-lain,,

setelah beberapa lama,
ade seorang lelaki Russia,
dalam lingkungan 20-an,
datang ke arah meja kami,
bertanyakan

"itu apa?"

sambil menunjukkan ke arah Quran berwarna-warni yang kami pegang..=)

kami menjawab,"ini Quran,Our Books"

selepas itu,beliau terus berlalu,
kami mengagak mungkin beliau cuma ingin tahu,,
tidak berapa lama kemudian,
beliau datang bersama 6 air kotak!!
dan itu untuk kami!
sambil meletakkan air itu,
beliau juga menyatakan beliau juga Muslim~

alhamdulilah~
sangat susah mencari orang-orang di Rusia ini yang "mesra pengguna"
rasa sangat bersyukur bila dipertemukan,
mungkin beliau biasa2 sahaja~
tapi terasa keikhlasan yang cuba disampaikan
alhamdulilah~
semoga pahala untuk kamu bertambah
jazakallah
abang-air-kotak-sedap
=)

~~~~~~~~~~~~~~~~

the point is,
kita sebagai umat Islam,
adalah DUTA KECIL kepada agama Islam itu sendiri
akhlak kita,percakapan kita,ibadah kita,
semua akan dinilai oleh mereka2 yang ingin tahu
bahawa Islam adalah agama yang bagaimana sebenarnya 

sebagai contoh,
kadang2 di Rusia ini,memang selalu rasa nak mengamuk,
maklumlah,mereka besar,kalo langgar memang terpusing la,
tapi,kalo marah,
mesti persepsi orang2 di sini

"owh,Islam ini agama xsabar,patutlah ramai pengganas,
pengebom berani mati,,etc,,etc,,"

jadik kena selalu bersabar,
senyum jek even mereka pandang dengan pandangan 'anda-pakai-ape-di-kepala?'

iAllah~
mungkin nampak kecil,
tapi ibrahnya iAllah besar,,

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
(Al-Baqarah:208)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dan,kepada mereka-mereka yang merasakan bahawa mereka ditimpakan ujian yang sangat berat,
bersabarlah,iAllah apa yang terjadi itu yang terbaik,
ade hikmah cantik yang tersembunyi
dan yang paling penting,
 Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambanya
jangan pernah lupa untuk selalu berdoa kepada Allah~
mintak dengan bersungguh-sungguh
^_^

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(Al-Baqarah:186)




till next tyme~
may Allah bless all of you

Sunday, March 20, 2011

:.HikMah UjiAn:.

salam~
bismillahhirrahmanirrahim~

alhamdulilah masih lagi bernafas,masih lagi dikurniakan 2 nikmat paling besar
iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman~
alhamdulilah~

Tanggal 11 Mac 2011,Jepun telah dilanda gempa bumi sekuat 9.0 skala Richter dan tsunami hampir
setinggi 7 meter..
kalau xsilap saya Indonesia juga(Acheh) pada suatu masa dulu dilanda tsunami dan gempa sekuat magnitud ini..

tetapi bencana alam di Jepun diburukkan lagi dengan kebakaran di nuclear power plant mereka..
tidak mahu mengulas lanjut memandangkan lebih ramai yang lebih tahu dari saya
bersumberkan media masa dan media elektronik yang semakin maju~

takziah diucapkan kepada semua penduduk Jepun~
semoga mereka semua tabah menempuh dugaan yang maha berat ini
saya juga tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang komik pendek yang menimbulkan pelbagai
kontroversi
tentang kenyataan mereka2 yang tidak berfikir
biarkan mereka

tapi kita jangan terus memaki2 mereka..
(xdpt duet pn) =) 

sebaliknya,kita muhasabah diri,
sehebat mana pun ciptaan manusia itu pasti tidak dapat
melawan kuasa Allah s.w.t~

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]


dan tragedi di Jepun tersebut,bukan Allah jadikkan suka2..
ada ibrah di sebaliknya.
kita penduduk Malaysia,jangan terlalu berasa selesa memandangkan negara kita bukan
terletak di Lingkaran Api Pasifik..
bila-bila masa Allah boleh tunjukkan kekuasaan yang tidak dapat kita bayangkan.
dan,
ini juga salah satu tanda2 hari kiamat
"bencana alam semakin kerap"


"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)



jangan terlalu selesa dalam "Zon Malaysia" anda
kelak,buruk padahnya

sentiasa cuba untuk bertakwa kepada Allah
insya Allah segala ekonomi,kemajuan akan seiring
dengan takwa itu

…Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu… [Al-Hujurat: 13]

till next tyme~
may Allah bless~




p/s:ow,rasa mcm xprcaya aku yg tulis entry nie,
matang betol!
^_^

p/s 2:kredit to ILuvIslam untuk segala info~

Friday, February 11, 2011

~Life 2~

salam~
bismillahirrahmanirrahim,,

hmm..jadual semester baru nie memang mencabar kewibawaan saya
huh..kenapa??
bak kata afiq,banyak faktor penyebab nya..
seperti kehadiran subjek2 merepek yang menghancurkan dongengan senior yang mengatakan
2nd sem 2nd year adalah honeymoon..=.=
yup!
subjek merepek
seperti Bioethics..(adakah saya xcukup beretika?)
seperti Extreme and Military Medicine..(bunyik gempak kan?)
seperti Philosophy..(bahaya skit subjek nie,mengajar anda menjadik Atheist)

hmm..kehadiran subjek2 nie menjadikan jadual sem saya padat kerana bukan sj ade kelas
tp lecture?
apakah?sleep time sy..=)
walaubagaimanapun,saya ada satu subjek baru sem nie,
Microbiology~
welcome to my life~
hope u like me..^_^

dan saya ade 4 paper final tuk sem nie
1,Physiology
2.Biochemistry
3.Russian Language
4.Philosophy..??

owh,semoga segalanya dipermudahkan untuk saya..
Insya Allah~
saya betol2 xsaba nak balik Malaysia
lagi2 biler sume shbt2 di Mesir sume tgah bergembira di Malaysia

owh,sedapnye kalo dpt Mee Udang kt Taiping tue,,
xpun,Tomyam Udang kt PD tue..
paling cikai pun,Roti Canai kat Restoran Hakim Seksyen 7 tue pn jadik laa..
owwh,,,
how I miss Malaysia~
=.=

ok,,enough merepek..
malam nie malam Jumaat..
even skrg da pkul 1 pg,means da ari Jumaat
malam Sabtu
xpe..
nak ckp jugak,,
jgn lupa baca Yassin ye sahabat2 sekalian~


Telah bersabda Rasulullah s.a.w..
sesungghnya bg setiap sesuatu itu ada hati..
dan hati Al-Quran adlh surah Yaasin..
Sesiapa yg mmbca surah Yaasin..
nescaya dituliskn oleh Allah pahala yg menyamai spuluh kali mmbca Al-Quran seluruhnya..
(HR At-Tarmizi dari Anas r.a)



marilah sama2 memeriahkan malam Jumaat anda~
xbuat?
xpe..
minggu depan ada lg..
insya Allah~

till next tyme~
may Allah bless~

Thursday, December 23, 2010

16 Muharam~

salam ~
bismillahhirahmanirrahim~

16 Muharram 1432~
Selamat Hari Jadi Munirah Bt Norzaki
sweet 20th~
*oowwhh tuanye..

semoga anda sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah s.w.t
semoga Allah xpalingkan hati anda setelah dia beri hidayah
semoga anda xpernah lupa untuk sentiasa berubah
dari jahat ke baik dan dari baik ke arah yang lebih baik
insya Allah~

semoga anda sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang Muslimah,
anak,pelajar perubatan,insya Allah isteri dan jika diberi peluang seorang ibu~

may Allah bless u all da tyme~
have a blast~

till next tyme~

p/s:da 20 tahun aku hidup..semoga Allah sentiasa redha dgn kehidupanku~

Tuesday, December 14, 2010

~AntaRa GariSan~


salam~
bismillahirahmanirrahim~

lama rasa x mengupdate blog
bukan tiada apa yang mahu dicoretkan
banyak..
banyak sekali
cuma seringkali tertangguh kerana kesuntukan masa~

back to the point,
i love this telemovies~
really love it..
saya bukan peminat cerita atau drama melayu
tanya lah kepada mereka2 yang pernah menonton
cerita melayu bersama saya,
ada jek yang akan dibebelkan dari mula sampai akhir~

saya mencari cerita melayu yang sarat dengan mesej~
bukan pasal kekayaan dunia,bukan pasal fashion,
bukan pasal cinta~

and i found it~
ANTARA GARISAN

penuh dengan mesej tersurat
siapa kita untuk menghukum orang lain?
siapa kita untuk menentukan siapa yang akan ke syurga dan neraka?
siapa kita untuk membuta tuli menilai orang lain?

xmustahil jika Allah palingkan hati kita
dan kita akan jadi lebih teruk daripada mereka
jangan sesekali merasakan bahawa kita adalah orang yang TERbaik
dan layak untuk ke syurga..
kerana antara kebaikan dan kejahatan itu hanya dipisahkan oleh
satu garisan sahaja~

dan makhluk bernama syaitan itu tidak akan mengenal erti putus
asa untuk menggoda kita menemani mereka di akhirat kelak~
nau'zubillah~
mintak dijauhkan

sama2 renungkan~
drama ini sangat sesuai ditonton
oleh segenap lapisan masyarakat~
saranan saya?
tontonla drama nie~
=)

semoga Allah xpalingkan hati kita setelah kita diberi hidayah
oleh-Nya~
insya Allah

may Allah bless~


p/s:A very BIG thanks to mereka2 yang berusaha mempromotekn cerita
ini kepada saya~
saya amat2 menghargai~

Thursday, November 25, 2010

~All iS WeLL~


salam~
bismillahhirahmanirrahim~

it was awesome!!
seriously awesome!!
aarrgghhh..

i just finish my histology colloq~
and alhamdulilah,it went very well~
thanks Allah~
a very big thanks~
^_^

then,we went to nearest-biggest-underground shopping complex,
very near to our histology building~
just went to "usya2" something new
really need to buy something
mood shopaholic meluap2
and happened that i found one pretty-purple-glamour coat~
but at the end i didn't buy it
=.=
but i will surely buy it,
not today,maybe tomorrow or someday~
hehehee
pray that it will not sold out~

ok
*tuka mode*
balik rumah
rase macam malas nak buat ape2
lepas makan,on9,usya facebook
then,
teringat 1 movie yang kawan suggest suruh tengok
"3 IDIOTS"
try la tengok

sebenarnya da lama aku dengar pasal cerita ini
da lama pun citer nie terkubur dalam hard disk aku
tapi xpernah tergerak hati pun nak tengok
orang lain da tengok awal tahun nie da..
lambat betol
=.=

memula tengok lompat2
apesal ade scene mengarut dalam bilik air nie..(isyh3)
sampi akhir,
ok hero xmati
tengokla betol2
memula mengantuk jugak..

but,after half an hour
i was just like
"wow! it was awesome!!

i can laugh,at the same time cry,
sympathy,sometimes geram~
it play my emotions well~

at the end,i was like
"wow"
sumpah cerita nie best giler tahap langit ke-7
dari mula sampai habis
ade jek pengajaran yang cuba disampaikan~
siap ade scene deliver baby lagi..
hehehehe~
i like it~
wuuuuu~

still wondering,
kenapa la cerita melayu xpernah nak buat cerita berpengajaran
xabes dengan cinta,cinta dua darjat,dunia korporat,hantu,tahyul
all that nonsense stuff
xde pengajaran langsung
asal cerita melayu jek,rumah mesti besar giler,kereta power giler
muka mekap tebal giler,wig memang kena ade..

aisyh..
(aku memang anti sikit citer2 melayu nie)

hahaha..
let it be

till next tyme~

Tuesday, November 2, 2010

~GaduH??~

salam
bismillahirrahmanirrahim~

alhamdulilah~

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."(3:159)

setiap orang x terlepas dari menghadapi masalah dalam ukhuwah~
alhamdulilah
dlm Quran pun dah ada penyelesaian
bila kita berselisih faham
Islam itu Indah
no doubt!

5 isi penting dalam ayat di atas

1.berlembut hati dengan mereka
2.maafkan mereka
3.mohonlah keampunan bagi mereka
4.bermesyuarat dgn mereka
5.bertawakal kepada Allah

see?
nice one kan?
tarbiyah Allah tue datang dalam pelbagai cara
yang berbeza adalah cara pandang kita terhadap sesuatu~
tukar cara pandang kita
jangan sesekali berburuk sangka dengan Allah~
jangan lupa status kita yang cuma HAMBA ALLAH~
jangan cuba2 nak berlagak macam tuan~

till next tyme~

p/s:jzkk kak Iman~sgt2 membantu..
may Allah bless~
^_^


Saturday, October 23, 2010

~KeEp Moving Forward~


salam~
bismillahirrahmanirahim~

alhamdulilah~
masih lagi bernafas di bumi Moscow yg semakin hari
semakin sejuk~
xtw kenapa,lately selalu update blog..
bnyk sgt nk cakap tp xtercakap so tulis laa..

hehehe..
sebenarnya aku baru pas abes tgk satu movie nie
which i think that is really3 best..
aku xtw nape aku suka giler!!!
bnyk giler pengajaran even katun jek
tjuk dye Meet The Robinsons
ok..
aku tw nie cerita lama..
tp aku baru tergerak nk tgk..
ingtkn bosan mcm Planet 51
hehehe..skali best plak~
seronok bila tgk dye xpernah putus asa
n his favourite quote is

Let it Go
Don't Look At The Past
Keep Moving Forward

yg mne sgt la banyak disebut
dlm cerita nie..
aku rse quote nie sgt la menarik
dan bole diapplykn dlm kehidupan seharian~

aku pun xtw kenapa aku tertarik sgt ngan cerita nie
tp mmg best pn
tuk teman aku yg tga sorg2 nie..
bwat keje..
heheehe~
kalo korg rajin tgk laa..
biler2 ade free time..
nice movie
believe me~
^_^

knape la cerita melayu xde yg bermotivasi sikit mcm nie
nie cerita entah pape..
aisyh,,
=.=

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ok..
life is getting better~
Alhamdulilah
everything is getting on their track~
still hope for the best~
insya Allah

till next tyme~

Tuesday, October 12, 2010

pink? or hitam??...

salam
bismillahhirahmanirrahim~

ari nie adalah hari yang amat menguji jiwa raga
xpe..abaikan jek

ketika aku selesai mengambil coat kt tempat ambil coat,
dlm hospital di mana aku belajar medical care
(tah pape ayt)
hmm
tga syok2 dpn cermin,betulkan tudung la,coatla,baju la,,
tetiba makcik coat tue memanggil aku..
lalu terjadilah satu perisitiwa~

makcik:kenapa awak pakai tudung hitam,tp kwn awk pki tudung putih?
(sambil menunjuk ke arah kawanku Hani)
saya:oooooo(xtw nk ckp pe..)
sbb sy suka warna hitam,dan dia suka warna putih..
(tibai jek)
makcik:oooo..faham2..xpe2..
*setelah diam seketika*
tp awk lebih cantik kalo pakai kaler merah jambu or ***(xphm.)
saya;yeke makcik?haha..esk saya pakai~

(segala perbualan adalah dalam bahasa rusia,tp sy telah mengtranslatekn
tuk keamanan sejagat~

hahahha~
in a nutshell,sy cuma mengarut jek..
cuma terasa pelik ngan orang di sini..
orang tanya kenapa pakai tdung tue sangatla ramai
tp
tue la bole la nak jawab sikit2
tp
kalo orang tanya kenapa pakai tudung kaler nie,kaler tue
xtw nak jawab pe..
heheeheh~

p/s:post nie mmg mngarut=.=

Thursday, October 7, 2010

~esok~

salam
bismillahirrahmanirrahim

sy akan ada paper physio utk esok
nie repeat test sbb sy pending mnggu lpas
owh~
sptutnye sy da merdeka ari nie
(kalo la sy pass sume colloq tnpa pending)
=.=

xpe2
saba~

sy sgt cuwak esk
tp xtw knape sy xde fokus mlm nie
at the end
sy tga tulis blog skrg
sy takut esok
owh..
amat cuwak
lecturer sy amatla xbole dijangka

dusss~
pass pn jdik laaa
jgn la pending lg=.=


~the more the expectations,the bigger the dissapointment~
sy rse ayt nie betol

moga2 segala2 berjalan lancar esok~
tawakkalatua'lallah~

insya Allah

till next tyme~


p/s:cpatla abes sume nie~
xsaba nk tdo btol2..=.=

Saturday, October 2, 2010

UjiAn

salam~
bismillahirrahmanirrahim~

sedar xsedar da dkat 1 bulan kt sini
adooii..
da mcm2 da ujian yg aku dpt
sejak sebulan kt sini
bkn kecik pulak tue..
hmmm
mungkin sebab kt malaysia xdpt ujian cmnie kot
terlalu selesa kt mlysia
smpi aku jadik manja sgt
jadik bila kena ujian sket
nk nanges
adooiii

berckp sal ujian
ntah la
aku ilang barang
which is aku rse aku xpernah ilang bnyk cmnie kot
aku dpt teruk dlm mini-colloq histo
which is mnde tue ter-amatla sgt nya senang
adek aku yg drjh 5 pn bole bwat
aku xtw kenapa
then,
i got pending for my colloq physio
oowwhh..knapakah malang tol nasib ku?
kalo aku duk guling2 jek ari2,
xde la frust sgt..
tp bila belajar n berusaha bersungguh2
tp bila xdpt
mula la mcm2 perasaan campur2
mulut bole la ckp "xpela,xde la rezeki,ade hikmah kot"
tp hati xbole mnipu
terkilan itu tetap ada
frust itu tetap ada
putus asa kadang2 menjenguk diri

IKHLAS itu sgt payah
menerima sesuatu itu dgn betul2 redha amat payah
yakin dgn ketentuan itu amat payah
tiap hari aku doa supaya Allah ikhlaskan hati aku
tp,nmpaknya tidak berapa berhasil
mungkin ade kurang kt mana2
driving force utk terus belajar pn xtw hilang mana

i'm not myself right know
everything just don't go on their own way
maybe my real self left at malaysia
owh,
plis come back
miss my old-self

tp sy tw hidup ini ibarat roda
kadang-kala kita kt ats
n kadang kala kita kt bwh
sy pernah rasa berada di atas
jadik kenapa sy mengeluh bila
berada di bwh?

adusss..
Allah please guide me
tolong doakan sy
mungkin doa kalian yg membca blog sy
lebih makbul dari doa sy..

sy dpt 1 hadith dri kawan sy
jzkk sahabat~

dipetik dari:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Doa seseorang muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya tersebut adalah doa yang mustajab (dikabulkan). Di sisinya ada malaikat. Ketika dia berdoa kebaikan kepada saudaranya, malaikat tersebut mengatakan: “Amin, engkau akan mendapatkan yang sama dengannya.”.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/271, no. 4914)

insya Allah
till next tyme



p/s:sy ade 4 colloq minggu nie..owh..sy xtw mcm mne..=.=