BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

:.4th Year:.

salam 
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah,tsumma alhamdulilah
masih lagi bernafas di atas muka bumi Allah ini, dan masih lagi dikekalkan dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam
alhamdulilah~

sekarang di Moscow musim luruh,tapi hari-hari hujan,suhu pun sekarang bawah 10c,
sejukk,,burrrr..


alhamdulilah,semua urusan dipermudahkan,sudah sebulan lebih di Russia meneruskan perjuangan menjadi seorang doktor muslimah~..*insyaAllah*
sekarang sudah masuk tahun keempat
tahun klinikal ,semua kelas di hospital,,huhu
terasa dewasa..muahaha
=P
even sekarang kelas da ikot cycle,
setiap bulan berubah2

macam bulan lepas,cycle endocrinology,dermatology,radiology dan hygiene
nampak macam banyak,tapi sebab subjek tidak berapa berat,enjoy lg,,haha
^_^

sekarang cycle therapy dan extreme and military medicine
hehehe,,cycle ini seriously free~
muahahah~tapi tidak boleh la bersenang lenang sangat,banyak kerja kena buat nie,

terus berharap dan berdoa semoga segala urusan dipermudahkan
dan semoga Allah redha segala usaha saya,
insya Allah

may Allah bless u
till next time~


Saturday, April 7, 2012

:.That MemoRies:.

bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah~
atas nikmat Allah yang terbesar sekali iaitu nikmat Islam dan Iman
alhamdulilah~

lately ini,tidak tahulah kenapa,tapi asek duk teringat kat member-member Sepintar jek,
hmmm,
suka duk mengimbau kenangan zaman-zaman sekolah dulu,
masa tengah nakal-nakal,
masa tengah skema tahun ada exam penting,
hahaha,
sesungguhnya itu adalah 5 tahun paling indah dalam hidup,
yes,say that i'm exaggerating it ,but i do really mean it!..=(

teringat zaman-zaman Form 1,aku asek kena buli ok,*sebab kelurusan diri sendiri*
hahahaha
zaman-zaman Form 2,rasa bangga sebab dah ada junior,hahaha,membuli jek kerja..
Form 3,da kena start serius belajar,maklum la,PMR,,
Nisa,Asilah,Sept,sume genius2,,
alhamdulilah~kami semua berjaya mendapat 9A,,=)
Form 4,tahun honeymoon la katakan,orang baru lepas PMR,
hahaha,,memang honeymoon habis,sampai fail addmath Mid Year Exam,,
hahahaha,,perangai2,
dapat kawan-kawan baru,macam-macam jenis,macam-macam perangai,
hahaha~bahagia
Form 5,tahun serius,SPM la katakan,
semua orang pun bersungguh-sungguh,,

hmmm,,sumpah rindu semua kenangan-kenangan itu,
rindu pagi-pagi solat subuh berjemaah di masjid,
ma'thurat,kuliah subuh(even separuh kuliah tue,tido)
breakfast ramai2,
pergi sekolah,belajar,prep petang,riadhah,
solat maghrib jemaah,
kuliah,prep malam,supper,
nasi lemak ustaz kamisan,
burger ustaz kosim,
ok,sumpah rindu!

tidak kesahlah orang cakap sekolah itu macam neraka ke,bosan ke,
peraturan ketat sangat ke,ape la,suka hati,tapi aku rindu sume tue,=(

kenapa-kenapa entah petang-petang melayan perasaan camnie,
hahahaha~

SPM 2008~

nisa+sept..=)

=)

subuh-subuh terakhir di sepintar

kami~

sepintar~

Bio Night 08'

Perfect Score 08'
us~=)
spm 08'

PPS Sepintar 08'

reunion 09'

proud to be Sepintarian~


sekarang semua pun da dewasa,da 21 ok!,,
hahahaha,,semua pun ada haluan masing-masing,
masih lagi belajar,
bekerja,
praktikal,
dan macam-macam lagi,
didoakan anda semua berjaya di dunia dan akhirat,
insya Allah~
semoga Allah permudahkan urusan anda semua,

ok,i'm the one who hold on memories tightly,because that the only things
that doesn't change even people in it change..
^_^

til next tyme~
may Allah bless all of you~




Saturday, January 7, 2012

#2012#

salam~
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

alhamdulilah
masih lagi bernafas di bumi Moscow nie
setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah atas nikmat sihat tubuh badan ini
alhamdulilah da selesai 1st sem untuk 3rd year
tinggal final Microbiology tanggal 12 January 2012

sebenarnya dah lama sangat nak update blog,
dari lepas setel sume colloq2 hari tue,
tapi tidak terlaksana pulak,
hehehe~
alhamdulilah,segalanya Allah permudahkan
colloq2 sume berjalan dengan lancarnya

kadang-kadang rasa bersyukur bila disibukkan dengan bermacam-macam 
aktiviti,hujung minggu susah sangat nak ada kat rumah,
sampai at one time tue,
balik rumah pukul 12 malam,
early tomorrow morning,around 8-9 dah keluar rumah,
sampai laili cakap,"rumah nie macam hotel jek untuk Mun,balik untuk tido"
hahahhaha~

alhamdulilah,
tapi aku tahu aku disibukkan dengan perkara-perkara yang 
diharapkan dapat menambahkan
saham akhirat,
insya Allah~

natijah daripada kesibukan ini juga,menjadikan aku lebih tabah 
plus kurang sikit melakukan perkara
- perkara lagha?
sepanjang sem nie,xde satu pun lagi series drama korea yang aku tengok~
alhamdulilah!
pencapaian yang bagus untuk diri sendiri~
^_^

hahahaha~
merepek betol,

rasanya masih tidak terlambat untuk wish
 "Selamat Tahun Baru" 
kepada 
semua readers,silent readers,yang-tidak sengaja-terjumpa dan lain-lain..
semoga Allah berkati anda semua,
semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya
sama-sama kita berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik 
insya Allah~

last two days,ade Konvensyen Pelajar Muslim Russia
alhamdulilah
sangat menarik,
penyampai adalah Dr Fauziah
O&G di KPJ Ampang Puteri
sangat menarik
mostly revolve around how to be a good doctor
and at the same time be a 'pendakwah'
^_^
semoga dapat dimanfaatkan segala ilmu
insya Allah~

kepada sahabat2 seperjuangan yang akan
amik final 
semoga Allah permudahkan dan berkati anda semua

kepada sahabat-sahabat di luar sana,
diharapkan dapat mendoakan kejayaan kami
tanggal 12 Januari ini
insya Allah~

till next tyme 
may Allah bless~
^_^


p/s:rasa nak belajar jadik multitasking..hehe..
even sekarang tengah tulis blog sambil buku microbe atas meja..
hehehehe~


Sunday, September 18, 2011

:.3 rd YeaR 2011/2012:.

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah
sudah hampir 2 minggu di bumi Rusia ini
cuaca sejuk betul..even baru autumn..
brr..brr,,brr..
menggigil~
hehehe

sudah masuk tahun baru
semakin mencabar nampaknya
biasalah,
3rd year
tahun last untuk teori
sumbat lah semua untuk belajar terus

here are my subjects:

Pharmacology
Microbiology
Pathology Anatomy
Pathology Physiology
General Surgery
Internal Disease
Extreme and Military Medicine
Informatics

huh,banyak kan?
dah la semua memang berat..=.=
tahun lepas 2 jek subjek berat
Physio and Biochem jek
ok
jangan merungut

sebab miss lebih kurang seminggu kelas ari tue
(nak raya kat Malaysia punya pasal)
so,rasa macam nak tersungkur nak catch-up balik semua
lecturer pulak cakap
"owh,u'all miss the first class,so,u'all should read it by yourself"
=.=

sabar2,
minggu ini jek,ada dua colloq (baca:test)
Pharmaco and Microbe
hmm..dah boleh agak da ke'busy'an yang akan melanda
hari-hari kelas habis lambat
hari Sabtu pun ade kelas,dari pukul 9 pagi,sampai
5 petang pulak tue..
huaaa~
sedeyh tak?
sedeyh2~

tapi,
suka dengan lecturer Internal Disease
Dr.Rameev
beliau kacak dan baik
selalu share pengalaman
*tapi dah kawen*
=.=

tapi aku selalu buat perkara memalukan
macam kat kelas hari tue
kami semua tengah discuss pasal
history taking,
macam mana nak interview patient sume

tetiba,Dr tue tanya aku,

"ok,how we should ask our patient about their social life
especially about their sexual activity?"

"errr,,how did you do it?"

damn!
apa aku pikir?!

the whole class burst into laughter

aku tengah berkira-kira
kot2 terjun tingkap hospital ini mati ke tak..
=.=

malu giler aku!

boleh pulak Dr.Rameev sengih and cakap

"maybe you should change your question a little bit"

huaaaa..
malu2,asiyh,xboleh la lecturer tetiba pandang and terus tanya
otak aku freeze,xbole berpikir
ok 
malu
malu
malu

biarkan
abaikan jek,
mintak-mintak dia xingat apa aku cakap~
ahhahaha~

merepek minggu pertama kelas
biasa la~
=)

hope everything turns out well
insya Allah~

semoga saya juga semakin rajin

till next tyme,
may Allah bless all of you


Sunday, March 20, 2011

:.HikMah UjiAn:.

salam~
bismillahhirrahmanirrahim~

alhamdulilah masih lagi bernafas,masih lagi dikurniakan 2 nikmat paling besar
iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman~
alhamdulilah~

Tanggal 11 Mac 2011,Jepun telah dilanda gempa bumi sekuat 9.0 skala Richter dan tsunami hampir
setinggi 7 meter..
kalau xsilap saya Indonesia juga(Acheh) pada suatu masa dulu dilanda tsunami dan gempa sekuat magnitud ini..

tetapi bencana alam di Jepun diburukkan lagi dengan kebakaran di nuclear power plant mereka..
tidak mahu mengulas lanjut memandangkan lebih ramai yang lebih tahu dari saya
bersumberkan media masa dan media elektronik yang semakin maju~

takziah diucapkan kepada semua penduduk Jepun~
semoga mereka semua tabah menempuh dugaan yang maha berat ini
saya juga tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang komik pendek yang menimbulkan pelbagai
kontroversi
tentang kenyataan mereka2 yang tidak berfikir
biarkan mereka

tapi kita jangan terus memaki2 mereka..
(xdpt duet pn) =) 

sebaliknya,kita muhasabah diri,
sehebat mana pun ciptaan manusia itu pasti tidak dapat
melawan kuasa Allah s.w.t~

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]


dan tragedi di Jepun tersebut,bukan Allah jadikkan suka2..
ada ibrah di sebaliknya.
kita penduduk Malaysia,jangan terlalu berasa selesa memandangkan negara kita bukan
terletak di Lingkaran Api Pasifik..
bila-bila masa Allah boleh tunjukkan kekuasaan yang tidak dapat kita bayangkan.
dan,
ini juga salah satu tanda2 hari kiamat
"bencana alam semakin kerap"


"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)



jangan terlalu selesa dalam "Zon Malaysia" anda
kelak,buruk padahnya

sentiasa cuba untuk bertakwa kepada Allah
insya Allah segala ekonomi,kemajuan akan seiring
dengan takwa itu

…Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu… [Al-Hujurat: 13]

till next tyme~
may Allah bless~




p/s:ow,rasa mcm xprcaya aku yg tulis entry nie,
matang betol!
^_^

p/s 2:kredit to ILuvIslam untuk segala info~

Friday, February 18, 2011

~Hati,TabAhLah~

salam
bismillahhirahmanirrahim~~

"anda ada 3 bulan lagi untuk hidup"

"maaf encik,kami xboleh nak buat apa2..bawaklah dia balik"

"anda disahkan menghidapkan kanser tahap ke-3"

how heartless,ruthless and pitiless should a doctor be to say those cruel words?
it's really cruel..
likes taking life from someone in just blink of eyes
*ignore the fact that i'm going to be one of them*

but,in a matter of fact,
a doctor just a doctor
they are not Allah.

mereka hanya menyampaikan teori yang secara praktikalnya
di belajar selama 5 atau 6 tahun..
jika mereka berkata anda hanya cuma anda 3 bulan untuk hidup,
adakah benar?
TIDAK
Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan sesuatu
ajal kita adalah sesuatu yang tertulis di Luh Mahfuz sejak kita lahir lagi..
tidak akan ditangguh even sesaat
mungkin anda hidup cuma sebulan atau bertahun-tahun lagi..
tiada siapa tahu

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."(3:145)

jangan cepat berputus asa
jangan putus asa dengan Allah
jangan berburuk sangka dengan Allah
teruskan berdoa,berharap dan berusaha

"Ya Allah Ya tuhanku,berilah kesembuhan kepada beliau.
tetapkanlah yang terbaik untuk beliau,berilah ketabahan hati kepada
beliau dan keluarganya,Jangan masukkan mereka dalam golongan mereka2
yang berputus asa dan berpaling dari-Mu Ya Allah..Ameen"



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (2:286)

semoga segalanya dipermudahkan,,
Insya Allah~

till next tyme,
may Allah bless~

Sunday, February 6, 2011

KemBaLi~

salam~
bismillahhirahmanirrahim~


saya kembali!!
yeay~

blog nie telah ditukar template nye..
kerana telah menjadik bengong..
mule2 da berputus asa ngn blog nie..
rse cm nk delete..
tp jiwa da sebati..
asek rse nak menaip even merepek mcm sekarang..

btw,xde mood nk cter sal wnter holiday skrg..
krn ianya terlalu pjg,
takes 2 post maybe~
hehe..

sesungguhnya saya juga amat merindui bumi Uthmaniyah itu~

till next tyme,
may Allah bless~

Tuesday, January 4, 2011

~SeDerHana~

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah..
nie entry pertama untuk tahun 2011~

aku baru lepas borak ngan adek aku,
dye baru balik dari kelantan bercuti bersama keluarga tertentu
aku rasa pengalaman dye menarik..

dialog kami:

dia:k.long,aku bersyukur giler lahir dlm family kita..
aku:huh?pesal ko?asl ttibe?

n it's goes on..bla3..pjg la jugak..

beliau menceritakan ketika bercuti bersama family tersebut
anak2 mereka amatla cerewet
nak duduk hotel yang ada bintang dan ber'swimming pool'
makan di restoran standard jek,xmaen makan di gerai2 tepi2 jalan
shopping di mall2 besar,xmaen pasar khadijah!(pdhal kat situlah gempak shopping!!)

aku bersyukur kerana abah didik kami sekeluarga dengan cara bersederhana
tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu mewah
kami xkesah makan di gerai2 asalkan makanan sedap
kami xkesah tidur di hotel tanpa bintang,bukan hotel pun xpe
*janji ade tempat tidur dari tido kat stesen minyak*

abah selalu cakap
"abah xsuka kenalkan anak2 abah dengan barang2 mewah,jangan biasa hidup mewah"

itu nasihat selalu abah kat aku n adek2~

dat's the main reasons,
kenapa aku kenal Secret Recipe,Baskin Robbins,GAP,Radioactive,Applemints
ketika di sekolah menengah,itupun kerana kawan2 dan media masa(ceehh)~

kesimpulannya,saya bersyukur sebab saya da biasa bersederhana,
jadi saya xterkejut kalo ttiba kena tidur atas lantai
dan saya xbatak kalo tetiba duk hotel 4-5 bintang~
^_^


“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)


sentiasa bersederhana dalam setiap perbuatan kita
baik dari segi ibadah,amalan,pemakanan,percakapan~
dat's the best way~
bersederhana tanda kita syukur kepada Allah~
jangan sesekali tanam sikap bongkak dalam diri
kita mesti xnak ditanam hidup2 seperti Qarun
dan harta2nya~

tepuk dada,tanya iman~
^_^

till next tyme~

p/s:selamat kembali ke sekolah dan
selamat kembali menyambung pengajian anda~
*sy berguling2 di rumah~~

Friday, December 31, 2010

~selamAt taHun Baru~

salam
bismillahhirahmanirrahim~

selamat tahun baru~
2011~
welcome..
semoga tahun baru akan meningkatkan semangat kita
untuk terus berubah ke arah kebaikan~

may Allah bless~
till next tyme~

Thursday, December 30, 2010

~MaRah Itu MudAh,SabAr ItU TerLaLu InDaH~

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

saya suka bila Allah tegur saya direct secara langsung..
dan saya sedar terus sampai hati..

Alhamdulilah..
Allah sayang saya,masih nak saya sedar..
masih nak saya cuba jadi terbaik..

saya suka blogwalking..
yes~
i love it much2~
coz sometimes i get to know people life
what they do,
who they are..

but,most of them bermanfaat,
*ade jek yang mengarut2 sebenarnya..
=)
abaikan

cuma malam nie saya ber-blogwalking,
seperti biasa,
saya mencari blog orang lain and happened to be saya
terjumpa blog orang lain
dan saya xtw kenapa saya tergerak untuk baca blog beliau~

and,
saya rasa sangat kagum dengan beliau
entah la..
sebab baru2 ini saya ada masalah,yang saya nampak ianya
besar which is involved choices in your life~

tapi Allah tegur saya dengan baca blog beliau~
dugaan yang Allah ujikan kepada beliau amatlah
berat,
saya yang cuma membaca cerita beliau pun terasa bebannya
tapi saya betul2 kagum dengan
pergantungan beliau kepada Allah~

benarlah seperti firman Allah~

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (29:2)

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."(2:214)


saya suka bila berbincang tentang ujian~
sebab saya rasa hidup manusia di dunia ini xpernah lari dari menghadapi ujian~
jikalau kita tidak disibukkan dengan benda yang besar2(seperti tawan dunia)
kita akan disibukkan dengan benda kecik~

saya pernah terjumpa 1 quote
"Marah Itu Mudah,Sabar Itu Terlalu Indah"
saya tak faham mulanya..
tapi akhirnya,semakin lama saya semakin jelas dengan ayat tersebut

apabila kita ditimpa sesuatu ujian,kita tend to be more negative thinking
compare to positive one~
we keep on blaming others,blaming ourself and the most critical is
we tend to blame Allah..
what if we just think that,ooo..the're must be a reason why all of this
happened~
try to accept it with redha and SABAR~
i know it's hard
tapi bila kita impikan sesuatu yang besar yakni Jannah
so,harganya juga kena mahal~
that's where the quote apply~
^_^

yes~
manusia sememangnya penuh emosi~
saya xnafikan
sesuatu yang misteri kerana saya belajar anatomy dan physiology
related to human brain
it still actually unresolved mystery how we can remember something,deciding on something
or lose memory~
for me,it's easy
that is AKAL~
the most greatest gift Allah to us~

dan,dengan akal kita boleh menjadi semulia-mulia manusia
atau sehina-hina makhluk yang tak berakal~

gunakan Akal yang Allah anugerahkan dengan sebaik-baiknya
jangan buta menilai yang mana satu permata dan kaca~
jika anda tahu itu salah,avoid it!
jika anda tahu itu betul,do it!

till next tyme~

p/s:maaf atas kekurangan bahasa,ianya spontan..
maaf juga atas kekurangan ilmu saya~
feel free to add~
will appreciate it~
^_^

Thursday, December 23, 2010

16 Muharam~

salam ~
bismillahhirahmanirrahim~

16 Muharram 1432~
Selamat Hari Jadi Munirah Bt Norzaki
sweet 20th~
*oowwhh tuanye..

semoga anda sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah s.w.t
semoga Allah xpalingkan hati anda setelah dia beri hidayah
semoga anda xpernah lupa untuk sentiasa berubah
dari jahat ke baik dan dari baik ke arah yang lebih baik
insya Allah~

semoga anda sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang Muslimah,
anak,pelajar perubatan,insya Allah isteri dan jika diberi peluang seorang ibu~

may Allah bless u all da tyme~
have a blast~

till next tyme~

p/s:da 20 tahun aku hidup..semoga Allah sentiasa redha dgn kehidupanku~

Monday, December 20, 2010

~BeLiau~

salam
bismillahhirahmanirrahim~

keras2 hati lelaki,
tetap punyai waktu rapuhnya
ujian hidup yang berat dijadikan tarbiyah direct dari Allah
kebergantungan dan ketabahan beliau kepada Yang Esa
cukup menyentuh emosi saya

siapa dia?
cuma seorang insan yang saya kenali
melalui ILuvIslam(author)
tidak pernah berhubungan secara langsung,
cuma saya pembaca setia blog beliau..
saya kagum mengikuti perjalanan hidup beliau
seorang pelajar perubatan di Sheffield,UK
didiagnose menghidap Hodgkin's Lymphoma Cancer
ketika di tahun akhir pengajiannya
dan meneruskan rawatan di UK

saya kagum dengan ketabahan beliau
ketabahan keluarga beliau
tidak ramai orang yang boleh menerima sesuatu musibah
dengan hati yang cukup tenang,cukup tabah
tanpa sedikit pun buruk sangka dengan Allah~

tanggal 17 Disember 2010
pergi beliau meninggalkan dunia yang fana ini
kembalinya beliau ke rahmatullah
semoga roh beliau dicucuri rahmat
dan ditempatkan di Jannah
insya Allah
dari Allah kita datang,kepada Allah kita kembali


sama2 kita ambil pengajaran dengan apa yang berlaku
setiap manusia pasti akan merasai mati
itu janji Allah yang pasti



till next tyme.
may Allah bless~

p/s:video ucapan beliau betul menyentuh hati~

Tuesday, December 14, 2010

~AntaRa GariSan~


salam~
bismillahirahmanirrahim~

lama rasa x mengupdate blog
bukan tiada apa yang mahu dicoretkan
banyak..
banyak sekali
cuma seringkali tertangguh kerana kesuntukan masa~

back to the point,
i love this telemovies~
really love it..
saya bukan peminat cerita atau drama melayu
tanya lah kepada mereka2 yang pernah menonton
cerita melayu bersama saya,
ada jek yang akan dibebelkan dari mula sampai akhir~

saya mencari cerita melayu yang sarat dengan mesej~
bukan pasal kekayaan dunia,bukan pasal fashion,
bukan pasal cinta~

and i found it~
ANTARA GARISAN

penuh dengan mesej tersurat
siapa kita untuk menghukum orang lain?
siapa kita untuk menentukan siapa yang akan ke syurga dan neraka?
siapa kita untuk membuta tuli menilai orang lain?

xmustahil jika Allah palingkan hati kita
dan kita akan jadi lebih teruk daripada mereka
jangan sesekali merasakan bahawa kita adalah orang yang TERbaik
dan layak untuk ke syurga..
kerana antara kebaikan dan kejahatan itu hanya dipisahkan oleh
satu garisan sahaja~

dan makhluk bernama syaitan itu tidak akan mengenal erti putus
asa untuk menggoda kita menemani mereka di akhirat kelak~
nau'zubillah~
mintak dijauhkan

sama2 renungkan~
drama ini sangat sesuai ditonton
oleh segenap lapisan masyarakat~
saranan saya?
tontonla drama nie~
=)

semoga Allah xpalingkan hati kita setelah kita diberi hidayah
oleh-Nya~
insya Allah

may Allah bless~


p/s:A very BIG thanks to mereka2 yang berusaha mempromotekn cerita
ini kepada saya~
saya amat2 menghargai~

Wednesday, December 1, 2010

~Tag By Jannah~

salam~
bismillahirrahmanirrahim~

saya ditag untuk melakukan survey nie(survey ke?)
disebabkan saya mempunyai kerajinan yang melampau ari nie~
so sy bwat,,
sy ditag oleh sahabat sy,
percaya atau x,saya kenal beliau masa kt kem remaja bestari tyme f4
selama 4 hari jek..
but,still friends until now!
friends 4 eva babe!

“Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. If I tag you, its because I want to know you more."



here is 25 random facts about me~

1:My name is Munirah Bt Norzaki
(pernah tanya umi n abah,asal nama aku pendek sgt,dyorg ckp snang isi borang,,,=.=)

2:Sedang menuntut di Sechenov First Moscow State Medical University,Moscow,Rusia
dalam jurusan perubatan(tahun ke-2)

3:Pernah tinggal di Temerloh,Pahang selama 6 thn

4:Pernah tinggal di Seksyen 19,Shah Alam selama 6 thn

5:Pernah tinggal di Seksyen 7,Shah Alah selama 6 thn(smpi skrg snanye)

6:Insya Allah di Rusia selama 6 thn jugak~

7:Next 6 years in Allah's plan~

8:Pernah mempunyai hobi kumpul setem n sticker 1 masa dulu

9:Seorang yang sgt tomboy semasa zaman kanak2nya~
*setakat pacat tue,best friends jek=)

10:Aku rasa aku pendiam,tp org cakap aku bising betol
=.=

11:Die hard fan movie
segala jenis n genre movie layan jek..
thailand,indon,korea,omputih janji bukan MELAYU....

12:I really LOVE to eat..nyummy..
but,i can't cook~that's the fact

13:I LOVE money,hope that Donald Trump bole
kasi sikit dye punye kekayaan~

14:I'm the eldest dari 5 orang adik beradik~

15:I have beautiful,caring,loving and sweet family..
*I love them infinity~

16:I don't prefer carrot as sayur goreng or salad or whatever sayur2..
BUT,I love carrot susu..*pelik btol*

17:I love to read~any kinds of reading material
mags,novel,artikel,komik but prefer novel yang jiwang2..wooyehh~

18:Pernah mempunyai azam dari f4 untuk jadik lebih pendiam..
nampaknya xberhasil..=.=

19:I can't swim

20:Hate when it comes to number~
*addmath*

21:I hate denstist..

22:Mempunyai impian untuk tour around the world 1 hari nnti~

23:Love to eat,sleep n membuang masa tp xgemok2..
*ramai orang jeles tang nie*=)

24:I hate 20~
tua sangat rasa=.=

25:Sedang mencuba berubah untuk jadik yang terbaik~
insya Allah~



till next tyme~


p/s:teringin nak tw hikayat2 pembaca2 blog saya~
feel free to tag urself..hehehe~
especially asilah,nisa,bell,maslin,ammar,arep,akmal,nadh kadir,nabila,nazri n laen2~

Thursday, November 25, 2010

~All iS WeLL~


salam~
bismillahhirahmanirrahim~

it was awesome!!
seriously awesome!!
aarrgghhh..

i just finish my histology colloq~
and alhamdulilah,it went very well~
thanks Allah~
a very big thanks~
^_^

then,we went to nearest-biggest-underground shopping complex,
very near to our histology building~
just went to "usya2" something new
really need to buy something
mood shopaholic meluap2
and happened that i found one pretty-purple-glamour coat~
but at the end i didn't buy it
=.=
but i will surely buy it,
not today,maybe tomorrow or someday~
hehehee
pray that it will not sold out~

ok
*tuka mode*
balik rumah
rase macam malas nak buat ape2
lepas makan,on9,usya facebook
then,
teringat 1 movie yang kawan suggest suruh tengok
"3 IDIOTS"
try la tengok

sebenarnya da lama aku dengar pasal cerita ini
da lama pun citer nie terkubur dalam hard disk aku
tapi xpernah tergerak hati pun nak tengok
orang lain da tengok awal tahun nie da..
lambat betol
=.=

memula tengok lompat2
apesal ade scene mengarut dalam bilik air nie..(isyh3)
sampi akhir,
ok hero xmati
tengokla betol2
memula mengantuk jugak..

but,after half an hour
i was just like
"wow! it was awesome!!

i can laugh,at the same time cry,
sympathy,sometimes geram~
it play my emotions well~

at the end,i was like
"wow"
sumpah cerita nie best giler tahap langit ke-7
dari mula sampai habis
ade jek pengajaran yang cuba disampaikan~
siap ade scene deliver baby lagi..
hehehehe~
i like it~
wuuuuu~

still wondering,
kenapa la cerita melayu xpernah nak buat cerita berpengajaran
xabes dengan cinta,cinta dua darjat,dunia korporat,hantu,tahyul
all that nonsense stuff
xde pengajaran langsung
asal cerita melayu jek,rumah mesti besar giler,kereta power giler
muka mekap tebal giler,wig memang kena ade..

aisyh..
(aku memang anti sikit citer2 melayu nie)

hahaha..
let it be

till next tyme~