BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label unity. Show all posts
Showing posts with label unity. Show all posts

Saturday, July 2, 2011

:.DuTa keCiL & DugAan:.




salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah
masih lagi bernafas di bumi Allah indah ini
dikurniakan akal fikiran dan tubuh badan yang sihat 
insya Allah~

cuma mahu berkongsi sedikit pengalaman tadi,
semasa di usrah kami yang terakhir untuk semester ini insya Allah,
kami mengadakan usrah di sebuah err..'foodcourt' lebih kurang..
tapi,ade 1 restoran halal di situ..

semasa mengadakan usrah,
biasa lah,
memang ramai yang memandang dengan pelbagai pandangan,
pandangan pelik,jelik,kagum,ingin tahu dan lain-lain,,

setelah beberapa lama,
ade seorang lelaki Russia,
dalam lingkungan 20-an,
datang ke arah meja kami,
bertanyakan

"itu apa?"

sambil menunjukkan ke arah Quran berwarna-warni yang kami pegang..=)

kami menjawab,"ini Quran,Our Books"

selepas itu,beliau terus berlalu,
kami mengagak mungkin beliau cuma ingin tahu,,
tidak berapa lama kemudian,
beliau datang bersama 6 air kotak!!
dan itu untuk kami!
sambil meletakkan air itu,
beliau juga menyatakan beliau juga Muslim~

alhamdulilah~
sangat susah mencari orang-orang di Rusia ini yang "mesra pengguna"
rasa sangat bersyukur bila dipertemukan,
mungkin beliau biasa2 sahaja~
tapi terasa keikhlasan yang cuba disampaikan
alhamdulilah~
semoga pahala untuk kamu bertambah
jazakallah
abang-air-kotak-sedap
=)

~~~~~~~~~~~~~~~~

the point is,
kita sebagai umat Islam,
adalah DUTA KECIL kepada agama Islam itu sendiri
akhlak kita,percakapan kita,ibadah kita,
semua akan dinilai oleh mereka2 yang ingin tahu
bahawa Islam adalah agama yang bagaimana sebenarnya 

sebagai contoh,
kadang2 di Rusia ini,memang selalu rasa nak mengamuk,
maklumlah,mereka besar,kalo langgar memang terpusing la,
tapi,kalo marah,
mesti persepsi orang2 di sini

"owh,Islam ini agama xsabar,patutlah ramai pengganas,
pengebom berani mati,,etc,,etc,,"

jadik kena selalu bersabar,
senyum jek even mereka pandang dengan pandangan 'anda-pakai-ape-di-kepala?'

iAllah~
mungkin nampak kecil,
tapi ibrahnya iAllah besar,,

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
(Al-Baqarah:208)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dan,kepada mereka-mereka yang merasakan bahawa mereka ditimpakan ujian yang sangat berat,
bersabarlah,iAllah apa yang terjadi itu yang terbaik,
ade hikmah cantik yang tersembunyi
dan yang paling penting,
 Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambanya
jangan pernah lupa untuk selalu berdoa kepada Allah~
mintak dengan bersungguh-sungguh
^_^

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(Al-Baqarah:186)




till next tyme~
may Allah bless all of you

Wednesday, May 11, 2011

:.MaKan2~NoM2:.

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

hari ini cuaca cantik~
jadik lepas kelas Microbiology yang amat lama itu,

kami bercadang untuk makan2~
memandangkan masing2 da kebulur tahap cipan tergolek2~
hehe~
*pelik aku*

jadik kteorg test ade satu restoran baru yang heboh dikatakan heaven oleh rakan2 sekalian~
restoran tue nama "Bufet"

kita bayar harga pinggan and boleh amek semua jenis makanan

tapi untuk satu kali round jek la~
means anda kena sumbat semua appetisers,main dishes,desserts suma dalam satu pinggan


ikotlah kreativiti anda untuk menyumbat semuanya
owh
pinggan ade tiga saiz
besar,sederhana and kecil~

kami semua amek pinggan sederhana
aku yang memang tengah lapar nie
memang tanpa membuang masa terus serbu tempat bufet tue~

food dye oklah..
xde la sesedap malaysia
tapi boleh la nak hidup~

ini moscow kot~
mana lah nak carik roti canai~
=.=

enjoy the pics~



ini kami semua~=)


owh,ini mknan saya,terel x sy susun~
sebelah itu,koktel yg rasa pelik~

close-up mknn saya
nmpak x sotong tue~nyummy~


ini setelah selesai makan~

memang seronok
alhamdulilah xmembazir
*sebab memang amek ikot nafsu segala*
memula ingat aku xmampu
nak abeskan semua tue,
tapi TERabes pulak~
kuikuikui~

saya-suka-makan~
bahagia~

till next tyme~
may Allah bless u all~


p/s:sory for the not-so-quality-pic,,I didn't own a dslr~



Wednesday, May 4, 2011

:.HavE FuN!:.

salam
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah~
life is getting better
alhamdulilah~

colloq pun ok2 la,xde la excellent giler
boleh la nak hidup~

hehehe,
so,minggu lepas kami pergi bersuka-ria~
bahagia jek rasa kalau hari-hari macam nie
hehehe

kami pergi ke Borobiyovi Gory
seronok!
even,sebenarnya sejuk sikit hari itu~
cycling,rollerbladding,naek cruise~
wuhuuu~
bahagia~

enjoy the pics


bersiap-sedia~

me wit ahla~rollerblading~


see the Russian flag??


the whole team~


cheese~


green grass~


overall that was so awesome~
hahaha..sangat seronok~

xsabar nak pergi lepak situ lagi..

ukhuwah fillah~
till next tyme,
may Allah bless~


p/s;rase tertekan betol dengan K-Pop Malaysia tue..rasa macam nak sepak sorang2,,
xsedar diri,,da la muka masing2 xsiap..hmmpphh..=.=
maklumat lebih lanjut?


Thursday, April 28, 2011

~Syahadatul Haq~

salam~
bismillahirrahmanirahim~

tengok ini..
lagi satu berita..
heheheh~(jangan gelak!ini serius)
*da rasa macam buat blog aktivis memperjuangkan hak wanita pulak*
kuikuikui~

ok~sebenarnya nak cakap pasal something else~
alhamdulilah
minggu lepas berpeluang ke daurah
tajuk daurah kali ini

~Syahadatul Haq~

tajuk ini memang senang faham,xberat
tapi teramat-amatlah susah untuk diamalkan or dilaksanakan~
semoga diberi kekuatan~
insya Allah~

Syahadatul Haq
(Penyaksian Kepada Kebenaran)
secara keseluruhannya,
Islam kita tidak akan lengkap dengan hanya
5 Rukun Islam
dan 
6 Rukun Iman
TIDAK sama sekali
kita punya lagi satu tanggungjawab iaitu 
"MENYEBARKAN AGAMA ISLAM"
itu sendiri

syahadah yang kita ucapkan sekurang-kurang 9 kali setiap hari
(insya Allah jika solat kita penuh setiap hari)
bukan hanya bukti kita sebagai seorang Islam
tapi sebagai janji kita kepada yang maha Pencipta
untuk terus menyebarkan ajaran murni ini ke seluruh pelusuk alam~
sesuai dengan cita-cita di dalam Maratib Amal kita
untuk menjadikan Islam itu World Order(ustaziyatul alam)

pada hari ini,tanggungjawab syahadah ini,
terletak di bahu kita semua
yes~
semua umat Islam yang berjumlah lebih 1.8 bilion di seluruh pelusuk dunia
kita wajib menyampaikan kepada semua orang bukan Islam 
tentang Islam,agama suci ini

kenapa?
mari saya berikan satu analogi atau contoh

ibarat kata,saya ada seorang jiran
yang bernama Lau,seorang cina
di akhirat nanti atau lebih tepat,di hari perhitungan,
apabila Allah bertanyakan kepada Lau

"mengapakah kamu tidak menganut agama suci dan benar ini,agama Islam"

dan Lau boleh menjawab

"owh,saya ada jiran saya,Melayu beragama ISLAM,tapi saya tak tahu pula itu agama
benar dan suci,,DIA XPERNAH BERITAHU SAYA~

dan,saya akan diheret sekali kerana xmenjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim
mungkin saya akan ke neraka(nauzubillah)
dan dia akan syurga(ahli fitrah-xtahu apa2,syurga level paling bawah)

see?
marilah kita sama2 berusaha untuk meningkatkan diri kita,
akhlak mulia,amal soleh dan pimpinan yang adil
tiga basic yang harus kita pegang~
sama2 kita membentuk jati diri kita untuk 
Individu Muslim gemilang~
supaya bila ditanya di akhirat nanti,insya Allah kita akan dapat menjawab dengan baik
di hadapan pencipta kita
insya Allah~

insya Allah apabila kita mengamalkan cara hidup Islam
secara keseluruhan maksud saya,
bukan hanya bab kahwin empat.

keindahan Islam itu akan terserlah dengan sendirinya
kerana sememangnya Islam itu indah pada fitrahnya..
dan akan menarik lebih ramai yang bukan Islam untuk masuk islam
yang Islam hanya pada nama(biasa) kepada islam yang mengamalkan suruhan Allah(komited)
dari Islam komited kepada islam dai'e(menyampaikan)


"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...."(Al-Baqarah:143)

......"Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan.(Al-Baqarah:140)

anda,anda dan anda~
yes anda~
ketahuilah bahawa diri anda mempunyai haq untuk berubah ke arah kebaikan
jangan nafikan haq diri anda dengan ego dan keras
kepala yang tidak bertempat itu

 insya Allah~
apa yang baik datang dari Allah,
dan apa2 yang lemah datang dari diri saya yang khilaf lagi jahil

semoga kita sama2 memburu Jannah Allah,insya Allah~
^_^

till next tyme~
may Allah bless~


p/s:segala maklumat di atas dipetik dari teks ucapan Syed Abul A'la 
al-Maududiyy di Pakistan

p/s 2:segala watak2 di atas adalah rekaan semata2,tiada kaitan 
dengan mana pihak,jauh sekali untuk mempersendakan
mana2 pihak~


^_^

Saturday, April 2, 2011

~A Trip to Remember~

salam~
bismillahhirahmanirrahim~

hehe..
even da nak dekat 2 bulan event nie berlaku,
still rasa nak upload jugak video nie..
lagi2 biler Encik A juga mengupload..haha~

so,mainly,ini video percutian kami ke Turki dan Syria~
pengalaman sangat2 berharga,sangat2 bahagia sepanjang percutian
seronok,
so everytime tengok video nie,rasa macam nak tersenyum sorang2~
alhamdulilah diberi peluang dan kesempatan oleh Allah
untuk merasa pengalaman indah ini,,
enjoy!



till next tyme~
may Allah bless~

p/s:sila abaikan saya yang berkelakuan pelik dalam video ini~
peace~

Sunday, March 20, 2011

:.HikMah UjiAn:.

salam~
bismillahhirrahmanirrahim~

alhamdulilah masih lagi bernafas,masih lagi dikurniakan 2 nikmat paling besar
iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman~
alhamdulilah~

Tanggal 11 Mac 2011,Jepun telah dilanda gempa bumi sekuat 9.0 skala Richter dan tsunami hampir
setinggi 7 meter..
kalau xsilap saya Indonesia juga(Acheh) pada suatu masa dulu dilanda tsunami dan gempa sekuat magnitud ini..

tetapi bencana alam di Jepun diburukkan lagi dengan kebakaran di nuclear power plant mereka..
tidak mahu mengulas lanjut memandangkan lebih ramai yang lebih tahu dari saya
bersumberkan media masa dan media elektronik yang semakin maju~

takziah diucapkan kepada semua penduduk Jepun~
semoga mereka semua tabah menempuh dugaan yang maha berat ini
saya juga tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang komik pendek yang menimbulkan pelbagai
kontroversi
tentang kenyataan mereka2 yang tidak berfikir
biarkan mereka

tapi kita jangan terus memaki2 mereka..
(xdpt duet pn) =) 

sebaliknya,kita muhasabah diri,
sehebat mana pun ciptaan manusia itu pasti tidak dapat
melawan kuasa Allah s.w.t~

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]


dan tragedi di Jepun tersebut,bukan Allah jadikkan suka2..
ada ibrah di sebaliknya.
kita penduduk Malaysia,jangan terlalu berasa selesa memandangkan negara kita bukan
terletak di Lingkaran Api Pasifik..
bila-bila masa Allah boleh tunjukkan kekuasaan yang tidak dapat kita bayangkan.
dan,
ini juga salah satu tanda2 hari kiamat
"bencana alam semakin kerap"


"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)



jangan terlalu selesa dalam "Zon Malaysia" anda
kelak,buruk padahnya

sentiasa cuba untuk bertakwa kepada Allah
insya Allah segala ekonomi,kemajuan akan seiring
dengan takwa itu

…Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu… [Al-Hujurat: 13]

till next tyme~
may Allah bless~




p/s:ow,rasa mcm xprcaya aku yg tulis entry nie,
matang betol!
^_^

p/s 2:kredit to ILuvIslam untuk segala info~

Friday, September 11, 2009

::~SePinTarIanZ 0408::~

salam..
bismillahirrahmanirrahim..
ok..
today 11 sept 2009..
kteorg sume berbuka pose sme2..
batch 0408..
bertempat di Kg.Baru,KL..
kt chop n steak house..
bes..
restoran dye sgt cntek..
adela lbey kurang 40++ org..
xrmi sgt sbb skrg sume org ade komitmen msing2..
so,
yg mne ade jek la yg dtg..
tp meriah giler restoran 2..
hehe..
cm nk runtuh kteorg bwat..
kteorg order mcm2 la..
lamb chop,
chicken chop
n mcm2 laa..
hehehe..
credits to Baim becoz dare to
bring his awek..
hehe..
hot..
tgk la sndiri gmba nie..
for more pictures,
please browse at my facebook..
kt cni upload sket jek..
mls daa..



bila kami bersatu~