BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label spirit. Show all posts
Showing posts with label spirit. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

:.KePunyAan KitA??:.

salam 
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah,,bersyukur masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini
masih lagi sihat tubuh badan,,
alhamdulilah ya Allah,
alhamdulilah

tiada siapa tahu apa yang akan terjadi pada esok hari,
bahkan Allah sendiri berfirman,jangan lah engkau mengatakan engkau akan 
melakukan sesuatu perkara
melainkan dengan mengucapkan Insya Allah,
(semoga Allah mengizinkan)

bererti urusan esok hari sepenuhnya di tangan Allah yang Esa,
sekalipun kita telah merancang kelas di pagi  hari,
lunch,dan shopping di tengah hari sehingga malamnya,
mungkin ianya tidak berjalan seperti yang kita rancang
tapi hanya Allah sebaik-baik perancang
^_^

tiada siapa sangka bahawa ada di antara kami yang tidak berjaya menamatkan pengajian 
sehingga tahun 6 kerana masalah kesihatan yang tidak dijangka,
meskipun itu janji kami hari-hari,
Allah sebaik-baik perancang

tiada siapa sangka ada di antara kami yang diuji Allah dengan ujian Maha Hebat
sehingga tidak memungkinkan beliau untuk terus kembali 
berjuang bersama-sama kami di bumi Soviet ini..
Allah sebaik-baik perancang

tiada siapa sangka bahawa di usia kandungan beliau 7 bulan,
Allah tarik kesempatan untuk menjadi seorang ibu,
Allah sebaik-baik perancang

tiada siapa sangka bahawa dalam tempoh masa hampir tiga tahun
saya di bumi Siberia ini,
saya diuji dengan pemergian arwah pakteh saya dan juga nenda tercinta
siapa sangka,
Allah sebaik-baik perancang

Hanya Allah yang tahu perasaan beliau,
apabila sedang berbincang di dalam kelas,
tetiba mendapat khabaran berita,ayahnya kritikal di ICU,
tiada siapa sangka,

salah satu perkara yang paling cuba saya elakkan ketika berada di luar negara
ini adalah menerima berita-berita atau khabaran-khabaran buruk,
sangat-sangat cuba untuk mengelak,
tapi,Allah sebaik-baik perancang

pernah terbaca satu artikel,
kita jangan pernah punya perasaan "memiliki"
jangan pernah berasakan bahawa orang-orang di sekeliling kita semua 
adalah kepunyaan kita,
mereka semua adalah kepunyaan Allah,
wajib untuk kita menerima bahawa satu hari nanti pasti akan tiba di mana 
kita semua mesti merelakan pemergian mereka,
walaupun ianya sebesar Lautan Pasifik,
mahupun seberat Gunung Everest,
harus merelakan..

saya sendiri masih cuba mendidik diri,
masih cuba menasihati dan menyiapkan diri,
bukan berharap supaya ianya terjadi lebih cepat,
cuma,bukankah seorang muslim itu harus menyediakan payung sebelum hujan?..=)

sekadar perkongsian saya,
jangan merancang tanpa mengimani bahawa Allah adalah
sebaik-baik perancang
apabila kita telah merancang,maka berdoa dan bertawakkallah
kepada Allah supaya segalanya berjalan 
seperti yang dirancang,
jika ada tidak berlaku seperti dirancang,
iAllah itu adalah sebaik-baik perancangan Allah
percaya Allah
itu yang utama


insya Allah~
mari mendidik hati
yakin dengan ketentuan dan kehendak Allah

till next tyme,
may Allah bless u~

^_^


Friday, September 16, 2011

~SeLamat Hari Raya 2011~

salam
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah~

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011
MAAF ZAHIR BATIN

kepada semua yang singgah,terjumpa,terbaca blog post saya ini
semoga anda semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah~

alhamdulilah
tahun ini berpeluang beraya kat kampung tercinta!
seronok

even ada orang kata,bila lagi nak merasa beraya di perantauan kan?
tahun lepas da rasa cukuplah
hari raya,siap ada kelas..=.=

paling suka raya kat kampung sebab nanti
boleh kumpul ramai-ramai
masak ramai-ramai
seronok~
dapat duit raya banyak
bahagia~

even kampung saya kat ulu,
tiada internet connection,tapi saya bangga mengaku
itu kampung saya
ada banyak kenangan
kat rumah usang tue
=)

ahli jawatankuasa untuk lemang!

memastikan lemang dalam keadaan excellent!

beratur untuk duit raya!^^

bermaaf-maafan di pagi raya~

kami semua di pagi raya,(tapi ini cuma separuh!)

my beloved family!suka sgt gmba nie~
*ini juga desktop background saya*

abaikan saya yg paling pendek..=.=

gentlemen family kami~=)

hot girls~

umi n abah~

^_^

alhamdulilah
bersyukur atas kesempatan yang diberikan oleh Allah
berharap suatu hari nanti,kalau saya kahwin,
saya nak family suami saya pun ramai,
nanti time raya meriah!
seronok=)

till next tyme~
may Allah bless~



Saturday, July 2, 2011

:.DuTa keCiL & DugAan:.




salam~
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah
masih lagi bernafas di bumi Allah indah ini
dikurniakan akal fikiran dan tubuh badan yang sihat 
insya Allah~

cuma mahu berkongsi sedikit pengalaman tadi,
semasa di usrah kami yang terakhir untuk semester ini insya Allah,
kami mengadakan usrah di sebuah err..'foodcourt' lebih kurang..
tapi,ade 1 restoran halal di situ..

semasa mengadakan usrah,
biasa lah,
memang ramai yang memandang dengan pelbagai pandangan,
pandangan pelik,jelik,kagum,ingin tahu dan lain-lain,,

setelah beberapa lama,
ade seorang lelaki Russia,
dalam lingkungan 20-an,
datang ke arah meja kami,
bertanyakan

"itu apa?"

sambil menunjukkan ke arah Quran berwarna-warni yang kami pegang..=)

kami menjawab,"ini Quran,Our Books"

selepas itu,beliau terus berlalu,
kami mengagak mungkin beliau cuma ingin tahu,,
tidak berapa lama kemudian,
beliau datang bersama 6 air kotak!!
dan itu untuk kami!
sambil meletakkan air itu,
beliau juga menyatakan beliau juga Muslim~

alhamdulilah~
sangat susah mencari orang-orang di Rusia ini yang "mesra pengguna"
rasa sangat bersyukur bila dipertemukan,
mungkin beliau biasa2 sahaja~
tapi terasa keikhlasan yang cuba disampaikan
alhamdulilah~
semoga pahala untuk kamu bertambah
jazakallah
abang-air-kotak-sedap
=)

~~~~~~~~~~~~~~~~

the point is,
kita sebagai umat Islam,
adalah DUTA KECIL kepada agama Islam itu sendiri
akhlak kita,percakapan kita,ibadah kita,
semua akan dinilai oleh mereka2 yang ingin tahu
bahawa Islam adalah agama yang bagaimana sebenarnya 

sebagai contoh,
kadang2 di Rusia ini,memang selalu rasa nak mengamuk,
maklumlah,mereka besar,kalo langgar memang terpusing la,
tapi,kalo marah,
mesti persepsi orang2 di sini

"owh,Islam ini agama xsabar,patutlah ramai pengganas,
pengebom berani mati,,etc,,etc,,"

jadik kena selalu bersabar,
senyum jek even mereka pandang dengan pandangan 'anda-pakai-ape-di-kepala?'

iAllah~
mungkin nampak kecil,
tapi ibrahnya iAllah besar,,

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
(Al-Baqarah:208)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dan,kepada mereka-mereka yang merasakan bahawa mereka ditimpakan ujian yang sangat berat,
bersabarlah,iAllah apa yang terjadi itu yang terbaik,
ade hikmah cantik yang tersembunyi
dan yang paling penting,
 Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambanya
jangan pernah lupa untuk selalu berdoa kepada Allah~
mintak dengan bersungguh-sungguh
^_^

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(Al-Baqarah:186)




till next tyme~
may Allah bless all of you

Thursday, April 28, 2011

~Syahadatul Haq~

salam~
bismillahirrahmanirahim~

tengok ini..
lagi satu berita..
heheheh~(jangan gelak!ini serius)
*da rasa macam buat blog aktivis memperjuangkan hak wanita pulak*
kuikuikui~

ok~sebenarnya nak cakap pasal something else~
alhamdulilah
minggu lepas berpeluang ke daurah
tajuk daurah kali ini

~Syahadatul Haq~

tajuk ini memang senang faham,xberat
tapi teramat-amatlah susah untuk diamalkan or dilaksanakan~
semoga diberi kekuatan~
insya Allah~

Syahadatul Haq
(Penyaksian Kepada Kebenaran)
secara keseluruhannya,
Islam kita tidak akan lengkap dengan hanya
5 Rukun Islam
dan 
6 Rukun Iman
TIDAK sama sekali
kita punya lagi satu tanggungjawab iaitu 
"MENYEBARKAN AGAMA ISLAM"
itu sendiri

syahadah yang kita ucapkan sekurang-kurang 9 kali setiap hari
(insya Allah jika solat kita penuh setiap hari)
bukan hanya bukti kita sebagai seorang Islam
tapi sebagai janji kita kepada yang maha Pencipta
untuk terus menyebarkan ajaran murni ini ke seluruh pelusuk alam~
sesuai dengan cita-cita di dalam Maratib Amal kita
untuk menjadikan Islam itu World Order(ustaziyatul alam)

pada hari ini,tanggungjawab syahadah ini,
terletak di bahu kita semua
yes~
semua umat Islam yang berjumlah lebih 1.8 bilion di seluruh pelusuk dunia
kita wajib menyampaikan kepada semua orang bukan Islam 
tentang Islam,agama suci ini

kenapa?
mari saya berikan satu analogi atau contoh

ibarat kata,saya ada seorang jiran
yang bernama Lau,seorang cina
di akhirat nanti atau lebih tepat,di hari perhitungan,
apabila Allah bertanyakan kepada Lau

"mengapakah kamu tidak menganut agama suci dan benar ini,agama Islam"

dan Lau boleh menjawab

"owh,saya ada jiran saya,Melayu beragama ISLAM,tapi saya tak tahu pula itu agama
benar dan suci,,DIA XPERNAH BERITAHU SAYA~

dan,saya akan diheret sekali kerana xmenjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim
mungkin saya akan ke neraka(nauzubillah)
dan dia akan syurga(ahli fitrah-xtahu apa2,syurga level paling bawah)

see?
marilah kita sama2 berusaha untuk meningkatkan diri kita,
akhlak mulia,amal soleh dan pimpinan yang adil
tiga basic yang harus kita pegang~
sama2 kita membentuk jati diri kita untuk 
Individu Muslim gemilang~
supaya bila ditanya di akhirat nanti,insya Allah kita akan dapat menjawab dengan baik
di hadapan pencipta kita
insya Allah~

insya Allah apabila kita mengamalkan cara hidup Islam
secara keseluruhan maksud saya,
bukan hanya bab kahwin empat.

keindahan Islam itu akan terserlah dengan sendirinya
kerana sememangnya Islam itu indah pada fitrahnya..
dan akan menarik lebih ramai yang bukan Islam untuk masuk islam
yang Islam hanya pada nama(biasa) kepada islam yang mengamalkan suruhan Allah(komited)
dari Islam komited kepada islam dai'e(menyampaikan)


"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...."(Al-Baqarah:143)

......"Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan.(Al-Baqarah:140)

anda,anda dan anda~
yes anda~
ketahuilah bahawa diri anda mempunyai haq untuk berubah ke arah kebaikan
jangan nafikan haq diri anda dengan ego dan keras
kepala yang tidak bertempat itu

 insya Allah~
apa yang baik datang dari Allah,
dan apa2 yang lemah datang dari diri saya yang khilaf lagi jahil

semoga kita sama2 memburu Jannah Allah,insya Allah~
^_^

till next tyme~
may Allah bless~


p/s:segala maklumat di atas dipetik dari teks ucapan Syed Abul A'la 
al-Maududiyy di Pakistan

p/s 2:segala watak2 di atas adalah rekaan semata2,tiada kaitan 
dengan mana pihak,jauh sekali untuk mempersendakan
mana2 pihak~


^_^

Friday, September 11, 2009

::~SePinTarIanZ 0408::~

salam..
bismillahirrahmanirrahim..
ok..
today 11 sept 2009..
kteorg sume berbuka pose sme2..
batch 0408..
bertempat di Kg.Baru,KL..
kt chop n steak house..
bes..
restoran dye sgt cntek..
adela lbey kurang 40++ org..
xrmi sgt sbb skrg sume org ade komitmen msing2..
so,
yg mne ade jek la yg dtg..
tp meriah giler restoran 2..
hehe..
cm nk runtuh kteorg bwat..
kteorg order mcm2 la..
lamb chop,
chicken chop
n mcm2 laa..
hehehe..
credits to Baim becoz dare to
bring his awek..
hehe..
hot..
tgk la sndiri gmba nie..
for more pictures,
please browse at my facebook..
kt cni upload sket jek..
mls daa..



bila kami bersatu~