BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 7, 2012

:.FinaL ExAm.:

salam 
bismillahhirahmanirrahim~
Alhamdulilah atas nikmat iman dan islam yang masih Allah kurniakan hingga ke hari ini
nikmat kesihatan sedikit ditarik,kifarah dosa,iAllah

currently 0249 in the morning,
yes,i'm not sleeping yet,
nak tunggu subuh jek sebenarnya lagi 15 minit,
senang,bole tido lama2 lepas itu tanpa rasa bersalah=)
*sila jangan tiru aksi ini di rumah*

alhamdulilah sedar tak sedar tahun ketiga pengajian di Russia hampir melabuhkan tirainya,
iAllah jika diizinkan Allah Jun ini adalah bulan terakhir di Moscow,Julai balik Malaysia~
ahhahaha,,osem giler rasa!

tapi yang menakutkan adalah ada 5 paper wajib kali ini,
yes,3rd year is the toughest one,
last year study theory kan,memang mautlah semua nak disumbatkan 
ke dalam kepalaku ini,,
oowwhh,,

here's the schedule

11 Jun-Pathoanatomy 
15 Jun-Internal Diseases
20 Jun-Pharmacology
25 Jun-General Knowledge of Surgery
29 Jun-Pathophysiology

menarik bukan?rasa nk tercabut kepala.
hahaha,,hadoi,,,memang terasa la bebannya,
tarikh pun cantik jek,pandai U susun tarikh..=.=

alhamdulilah done with all zachouts(baca:kredit)
sekarang memang fokus untuk final jek,,
masalahnya,,,,,
aku yang malas!
hadoi,,
easily distracted
suka tido
memang merisokan..
=(

semoga Allah permudahkan urusan diri ini
selamat bermujahadah Munirah!
^_^

owh diri,sila rajin plis2,,
kepada readers sekalian,doa2 dari anda amatlah diharapkan
semoga ada berkahnya
=)

till next tyme,
may Allah bless,

p/s:kepada anda2 yang akan menghadapi peperiksaan juga,
semoga berjaya,semoga Allah redha akan usaha kita semua,,^_^

Saturday, May 19, 2012

.:No Title:.

salam~
bismillahirrahmanirrahim

hmm,,somehow, thing just not happen with the one you planned

entah lah,apa yang diri sendiri merepek pun tidak tahu,
cuma hari ini sedikit kepeningan,
macam-macam fakta+masalah dalaman melanda

people can always judge you,but,they never be in your shoes~
I tried,I always am,
but somehow I failed,
lived up to meet people expectation is so not-easy, frustrated too,

people thought you don't have problem,you lead a happy life,
no worries,happy-go-lucky
but,I do have problem,seriously!
but,I just don't have the courage to show it,or to mention it,
because... 
because of what?
I am afraid of what others think about me
yeah,I'm insecure,
I hate people finding me being so weak,
yeah,laugh at me,
I don't care..do as you wish
I'm tired

stupid me,being so weak,
everything berjalan dengan sangat tidak lancar hari ini,
I don't know why,

Aku mengantuk kelas Hygiene pagi td,padahal siyesly tido lama gila,
tired dealing with people,
skyping with family just to know that Abah got hypertension!
150/90!
it's not that good news to know ok!..=(
I learn all the things with hypertension,
I know the prognosis,I know the consequences,
risau??
of course!..=((

one after another..=(
oowwhh,,I really need some strength,,
ya Allah,,
give me some strength


 “Sungguh hebat seseorang Mukmin itu. Seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai suatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapa pun, kecuali orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Muslim)



till next time,
may Allah bless all of you


p/s:pardon me for being so serabut,I cannot helped it..=(

Saturday, April 7, 2012

:.That MemoRies:.

bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah~
atas nikmat Allah yang terbesar sekali iaitu nikmat Islam dan Iman
alhamdulilah~

lately ini,tidak tahulah kenapa,tapi asek duk teringat kat member-member Sepintar jek,
hmmm,
suka duk mengimbau kenangan zaman-zaman sekolah dulu,
masa tengah nakal-nakal,
masa tengah skema tahun ada exam penting,
hahaha,
sesungguhnya itu adalah 5 tahun paling indah dalam hidup,
yes,say that i'm exaggerating it ,but i do really mean it!..=(

teringat zaman-zaman Form 1,aku asek kena buli ok,*sebab kelurusan diri sendiri*
hahahaha
zaman-zaman Form 2,rasa bangga sebab dah ada junior,hahaha,membuli jek kerja..
Form 3,da kena start serius belajar,maklum la,PMR,,
Nisa,Asilah,Sept,sume genius2,,
alhamdulilah~kami semua berjaya mendapat 9A,,=)
Form 4,tahun honeymoon la katakan,orang baru lepas PMR,
hahaha,,memang honeymoon habis,sampai fail addmath Mid Year Exam,,
hahahaha,,perangai2,
dapat kawan-kawan baru,macam-macam jenis,macam-macam perangai,
hahaha~bahagia
Form 5,tahun serius,SPM la katakan,
semua orang pun bersungguh-sungguh,,

hmmm,,sumpah rindu semua kenangan-kenangan itu,
rindu pagi-pagi solat subuh berjemaah di masjid,
ma'thurat,kuliah subuh(even separuh kuliah tue,tido)
breakfast ramai2,
pergi sekolah,belajar,prep petang,riadhah,
solat maghrib jemaah,
kuliah,prep malam,supper,
nasi lemak ustaz kamisan,
burger ustaz kosim,
ok,sumpah rindu!

tidak kesahlah orang cakap sekolah itu macam neraka ke,bosan ke,
peraturan ketat sangat ke,ape la,suka hati,tapi aku rindu sume tue,=(

kenapa-kenapa entah petang-petang melayan perasaan camnie,
hahahaha~

SPM 2008~

nisa+sept..=)

=)

subuh-subuh terakhir di sepintar

kami~

sepintar~

Bio Night 08'

Perfect Score 08'
us~=)
spm 08'

PPS Sepintar 08'

reunion 09'

proud to be Sepintarian~


sekarang semua pun da dewasa,da 21 ok!,,
hahahaha,,semua pun ada haluan masing-masing,
masih lagi belajar,
bekerja,
praktikal,
dan macam-macam lagi,
didoakan anda semua berjaya di dunia dan akhirat,
insya Allah~
semoga Allah permudahkan urusan anda semua,

ok,i'm the one who hold on memories tightly,because that the only things
that doesn't change even people in it change..
^_^

til next tyme~
may Allah bless all of you~




Saturday, March 10, 2012

:.KePunyAan KitA??:.

salam 
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah,,bersyukur masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini
masih lagi sihat tubuh badan,,
alhamdulilah ya Allah,
alhamdulilah

tiada siapa tahu apa yang akan terjadi pada esok hari,
bahkan Allah sendiri berfirman,jangan lah engkau mengatakan engkau akan 
melakukan sesuatu perkara
melainkan dengan mengucapkan Insya Allah,
(semoga Allah mengizinkan)

bererti urusan esok hari sepenuhnya di tangan Allah yang Esa,
sekalipun kita telah merancang kelas di pagi  hari,
lunch,dan shopping di tengah hari sehingga malamnya,
mungkin ianya tidak berjalan seperti yang kita rancang
tapi hanya Allah sebaik-baik perancang
^_^

tiada siapa sangka bahawa ada di antara kami yang tidak berjaya menamatkan pengajian 
sehingga tahun 6 kerana masalah kesihatan yang tidak dijangka,
meskipun itu janji kami hari-hari,
Allah sebaik-baik perancang

tiada siapa sangka ada di antara kami yang diuji Allah dengan ujian Maha Hebat
sehingga tidak memungkinkan beliau untuk terus kembali 
berjuang bersama-sama kami di bumi Soviet ini..
Allah sebaik-baik perancang

tiada siapa sangka bahawa di usia kandungan beliau 7 bulan,
Allah tarik kesempatan untuk menjadi seorang ibu,
Allah sebaik-baik perancang

tiada siapa sangka bahawa dalam tempoh masa hampir tiga tahun
saya di bumi Siberia ini,
saya diuji dengan pemergian arwah pakteh saya dan juga nenda tercinta
siapa sangka,
Allah sebaik-baik perancang

Hanya Allah yang tahu perasaan beliau,
apabila sedang berbincang di dalam kelas,
tetiba mendapat khabaran berita,ayahnya kritikal di ICU,
tiada siapa sangka,

salah satu perkara yang paling cuba saya elakkan ketika berada di luar negara
ini adalah menerima berita-berita atau khabaran-khabaran buruk,
sangat-sangat cuba untuk mengelak,
tapi,Allah sebaik-baik perancang

pernah terbaca satu artikel,
kita jangan pernah punya perasaan "memiliki"
jangan pernah berasakan bahawa orang-orang di sekeliling kita semua 
adalah kepunyaan kita,
mereka semua adalah kepunyaan Allah,
wajib untuk kita menerima bahawa satu hari nanti pasti akan tiba di mana 
kita semua mesti merelakan pemergian mereka,
walaupun ianya sebesar Lautan Pasifik,
mahupun seberat Gunung Everest,
harus merelakan..

saya sendiri masih cuba mendidik diri,
masih cuba menasihati dan menyiapkan diri,
bukan berharap supaya ianya terjadi lebih cepat,
cuma,bukankah seorang muslim itu harus menyediakan payung sebelum hujan?..=)

sekadar perkongsian saya,
jangan merancang tanpa mengimani bahawa Allah adalah
sebaik-baik perancang
apabila kita telah merancang,maka berdoa dan bertawakkallah
kepada Allah supaya segalanya berjalan 
seperti yang dirancang,
jika ada tidak berlaku seperti dirancang,
iAllah itu adalah sebaik-baik perancangan Allah
percaya Allah
itu yang utama


insya Allah~
mari mendidik hati
yakin dengan ketentuan dan kehendak Allah

till next tyme,
may Allah bless u~

^_^


Tuesday, February 7, 2012

::Winter Break's Wrap::

salam
bismillahhirahmanirrahim~

alhamdulilah,
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi atas segala nikmat kurniaan
yang terbesar sekali dalam hidup ini,
nikmat Iman dan Islam~
alhamdulilah

seperti yang sedia maklum,
winter break hampir melabuhkan tirainya,
9Feb semester 2 akan bermula,

kadang-kadang rasa tidak percaya,
dah hampir 3 tahun aku melanjutkan pelajaran di Rusia ini,
dah hampir separuh jalan untuk jadi seorang doktor,
terlambat untuk patah balik kan?=)

insya Allah, Allah has better plan than I have myself,,
^_^

winter break hari tue,alhamdulilah,Allah kasi peluang melihat keindahan ciptaan 
Allah kat tempat orang,
alhamdulilah,kadang2 rasa macam tidak percaya dah berjaya menjejakkan kaki ke semua tempat 
tersebut,
alhamdulilah ya Allah atas kurniaan ini,
=)

berjaya menjejakkan kaki ke 

London-Paris-Rome-Vatican City-Austria-Munich

alhamdulilah,sangat banyak pengalaman yang berjaya dikutip,
kita akan lebih mengenali sahabat kita apabila kita bermusafir sama2 kan?
iAllah,semoga ukhuwah yang dibina berkekalan..



22Jan2012-Kak Long Aisyah telah selamat melangsungkan perkahwinan,
semoga perkahwinan yang dibina,berkekalan hingga ke syurga,iAllah~=)

merah2~

5Feb2012-MakLang pun selamat melangsungkan pernikahan,alhamdulilah,segalanya berjalan dengan lancar,
semoga baitul muslim yang dibina berkekalan hingga ke akhirnya..=)

sweet jek~

8Feb2012-Najmi akan mendaftar ke MRSM Kuantan,kadang2 rasa tidak percaya
adik aku yang sorang tue dah sekolah menengah..
sebab dia tidak matang sangat!..
hahahhaa~
iAllah semoga itu yang terbaik untuk beliau..=)

yeah,
as usual I miss all those important things..sobs2,
tapi,nak buat macam mana,
this is what I choose~

semoga sem 2 ini berjalan dengan lancar dan segalanya Allah permudahkan,
belajar rajin2 ya Munirah Bt Norzaki!

till next time,
may Allah bless all of you~
^_^

p/s:borang praktikal xisi lagi,sobs2,,hospital owh hospital..